Harian Metro

UiTM FC umum IBR bersama SPRM

-

UiTM FC mengambil langkah ke hadapan dalam mencorak keseluruha­n pasukannya ke arah memupuk nilai integriti dan menolak sebarang gejala rasuah dalam permainan.

Sehubungan itu, pengurusan­nya semalam menyatakan komitmen menerusi majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Presiden UiTM FC yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, seramai 120 individu yang terdiri daripada pemain, barisan kejurulati­han dan pengurusan sama-sama berikrar pada majlis berkenaan.

“Kami sentiasa percaya, pemain bukan sahaja dilatih untuk kecergasan fizikal, mempunyai stamina yang tinggi serta beraksi hebat di padang sahaja sebaliknya mereka perlu dididik dalam aspek pembawaan diri serta etika yang bagus.

“Pemain perlu faham mengenai implikasi rasuah yang bukan sahaja merugikan mereka tetapi memburukka­n nama baik pasukan seterusnya universiti sendiri.

“Anda mempunyai bakat dan potensi dalam bola sepak, justeru mengapa ingin rosakkanny­a dengan aktiviti rasuah?” katanya ketika berucap pada Program Ceramah dan Ikrar Bebas Rasuah oleh SPRM Selangor dan UiTM FC, di Pusat Sukan UiTM, di sini, semalam.

 ??  ?? DR Abdullah
DR Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia