Harian Metro

Lelaki tak pulang dikhuatiri hilang

-

Tuaran: Seorang lelaki dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumah di Kampung Aman Bukit Payung, di sini, selepas keluar ke kawasan hutan berhampira­n, sejak pagi kelmarin.

Difahamkan, Mohd Danyal Haneef Chai Abdullah, 40, kurang siuman dilaporkan keluar dari rumahnya seawal jam 7 pagi dan dilihat penduduk kampung memasuki kawasan hutan dalam keadaan tidak berpakaian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa berhubung kejadian pada jam 4.37 petang.

Katanya, dua kenderaan termasuk Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba segera menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut diguna untuk mengesan mangsa di kawasan hutan.

“Namun sehingga jam 7.19 malam kelmarin, mangsa belum ditemui. Operasi ditangguh dan disambung jam 7.07 pagi semalam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mencari lelaki hilang di Kampung Aman Bukit Payung, Tuaran.
ANGGOTA bomba berusaha mencari lelaki hilang di Kampung Aman Bukit Payung, Tuaran.
 ??  ?? LOKASI pencarian lelaki hilang.
LOKASI pencarian lelaki hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia