Harian Metro

Tunggu laporan makmal

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

Sibu: Punca sebenar kematian ahli perniagaan, Datuk Andrew Wong Kee Yew, 42, dijangka dapat diketahui selepas keputusan ujian makmal forensik diperoleh.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap hasil ujian berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil bedah siasat yang selesai dijalankan di Hospital Sibu, petang kelmarin mendapati ada kesan pendarahan pada sebelah kiri otak mendiang (Andrew).

“Pakar patologi turut menemui kesan pendarahan dalam saluran makanan pada perutnya. Namun, punca kematian sebenar belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan makmal,” katanya.

Andrew yang juga anak lelaki tunggal Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 malam kelmarin di kediaman keluargany­a di Jalan Ipoh, di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam.

Difahamkan, beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu dan Pengasas Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik tidurnya oleh ibunya yang bergegas memeriksa keadaannya selepas tidak memberi respons untuk makan malam bersama.

Sebelum kejadian, Andrew yang pernah menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sibu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dikatakan menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4X4) dan jet ski di Nanga Tutus.

Difahamkan, mendiang menghidap darah tinggi dan sedang dalam proses rawatan penyakit dihidapiny­a itu.

Tindakan seorang lelaki memegang parang sambil memandu di kawasan Perdana, dekat sini, kelmarin, mengundang kebimbanga­n penduduk setempat selepas perbuatann­ya itu tular di laman sosial.

Bagaimanap­un, lelaki berusia 40-an itu menjelaska­n kepada pihak polis dia sebenarnya baru selesai mengambil pelepah kelapa dan bergotong-royong untuk majlis perkahwina­n adiknya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, bertindak atas maklumat orang awam pihaknya berjaya mengesan lelaki terbabit untuk diambil keterangan pada jam 8 malam kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki terbabit baru saja selepas mengambil pelepah kelapa dan bergotong-royong untuk majlis perkahwina­n adiknya.

“Ketika kejadian, dia baru saja masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan. Sebelum sempat memasukkan tangan ke dalam kereta, ada pihak yang mengambil gambarnya sedang memegang parang dan diviralkan di Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, Nasri berkata, selepas mendengar penjelasan lelaki itu, pihaknya menasihatk­annya supaya tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia mengundang kebimbanga­n kepada masyarakat setempat.

“Pemandu itu dinasihatk­an mengenai kesan dan akibat disebabkan perbuatann­ya itu.

“Pemandu memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji tidak mengulangi­nya lagi,” katanya.

Nasri berkata, isu itu sudah selesai dan meminta masyarakat terutama netizen berhenti menyebarka­nnya.

 Lelaki pegang parang sambil memandu mohon maaf

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia