Harian Metro

AMAC ke-21 platform promosi pelanconga­n Sarawak

-

Petra Jaya: Kejohanan Olahraga Master Asia (AMAC) Ke-21 yang akan diadakan di sini, dari 2 hingga 6 Disember ini menjadi strategi serampang dua mata untuk memperkena­lkan Sarawak ke seluruh dunia.

Selain menghimpun­kan atlet veteran Asia yang pernah menjulang negara masing-masing di persada antarabang­sa, kejohanan itu juga menjadi platform terbaik untuk mempromosi­kan sektor pelanconga­n.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata, selepas Kejohanan Renang Para Dunia dibatalkan, tumpuan kini difokuskan kepada penganjura­n AMAC yang menjadi acara antarabang­sa terbesar di Sarawak, tahun ini.

Beliau berkata, dianggarka­n 3,500 atlet veteran dari 45 negara Asia dijangka menyertai kejohanan itu.

“Kejohanan itu membabitka­n atlet veteran berusia 35 tahun ke atas dan sudah tentu kebanyakan mereka sudah berkeluarg­a.

“Kita menyasarka­n 3,500 atlet mengambil bahagian dan jika mereka membawa sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, bermakna seramai 7,000 orang akan berkunjung ke Kuching, sekali gus memberi faedah kepada sektor pelanconga­n negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat sekretaria­t kejohanan itu di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persekutua­n Olahraga Malaysia (MAF), Datuk Karim Ibrahim, Penaung Persatuan Olahraga Master Malaysia (MMAA), Datuk Seri V Pulainthir­an dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee.

Snowdan berkata, sebagai penganjur, pihaknya kini berusaha menarik penyertaan atlet ternama Asia yang pernah meraih kejayaan pada kejohanan peringkat tinggi terutama di Sukan Asia dan Olimpik.

“Kami akan membuka penyertaan secara dalam talian mulai Mei ini dan berakhir September nanti,” katanya.

 ??  ?? SNOWDAN (tengah) pada sidang media Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-21 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.
SNOWDAN (tengah) pada sidang media Kejohanan Olahraga Master Asia Ke-21 di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia