Harian Metro

Masyarakat Bidayuh tuntut hak milik NCR

-

data kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Bagaimanap­un, katanya, usaha mereka itu dengan harapan mendapat surat hak milik bagi tanah masing-masing tidak kesampaian hingga kini.

“Setakat ini, sangat sedikit kampung Bidayuh yang mendapat surat hak milik di bawah perimeter survei.

“Dari lebih 400 kampung Bidayuh, tidak sampai 10 kampung menerimany­a,” katanya ketika dihubungi, di sini kelmarin.

Austin berkata, kampung yang sudah menerima surat hak milik kebanyakan­nya dari kawasan Singai, Bau.

Bagaimanap­un, katanya, bagi sebahagian besar kampung Bidayuh yang belum menerima surat hak milik, alasan diberikan kepada mereka adalah kekurangan tenaga kerja JTS, termasuk kekangan kewangan.

Justeru, beliau berharap JTS bertindak segera dalam menyelesai­kan isu membabitka­n kampung Bidayuh itu kerana mereka sudah menunggu terlalu lama.

Sementara itu,

beliau memberitah­u terdapat juga beberapa kampung yang tercicir data sukatan perimeter tanah NCR di JTS, termasuk Kampung Jambu di Padawan.

Justeru, beliau mengingatk­an ketua kampung menyemak semula data kampung masing-masing bagi memastikan ia ada dalam rekod JTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia