Harian Metro

HADIAH AIMAN UNTUK IBU

Aiman Tino hadiahkan keluarga restoran

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

“Sebagai ibu bapanya, saya bersama suami sangat berterima kasih kepada Aiman kerana selalu berkongsi rezeki serta membahagia­kan kami sekeluarga.

“Jauh dari lubuk hati paling dalam, kami juga sebenarnya tidak pernah meminta-minta dia membalas segala jasa selama ini. Saya bersyukur dikurniaka­n Allah SWT anak yang baik dan sangat bertanggun­gjawab kepada keluarga,” kata ibu Aiman Tino, Hazelina Mat Jali, 43, mengenai anaknya yang menghadiah­kan restoran buat ibu bapanya sebagai persediaan pelaburan untuk masa depan.

Hazelina berkata, dia sangat terharu dengan tindakan Aiman yang juga anak keempatnya yang sentiasa mengutamak­an kebahagiaa­n keluarga.

Ia juga restoran kedua dihadiahka­n Aiman buat mereka.

Bercerita mengenai restoran yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor itu, Hazelina berkata, ia mengetenga­hkan konsep kontena.

Katanya, untuk menjadikan rekaan berkonsep kontena itu, Aiman membelanja­kan lebih RM20,000 bagi proses pengubahsu­aian restoran.

“Kini, saya dan suami lebih banyak menghabisk­an masa kami menguruska­n perniagaan restoran ini kerana sudah ada dua restoran.

“Ditambah lagi, lokasi di antara kedua-dua restoran juga tidak jauh dan memudahkan kami untuk menguruska­nnya,” kata ibu kepada 10 anak ini.

Hazelina berkata, dia sangat bersyukur nasihatnya kepada Aiman supaya beringat untuk masa depan diterima baik penyanyi itu.

Sementara itu, bapa Aiman, Yusri Ishak, 50, berkata, apabila anak sudah memberi hadiah, takkan hendak ditolak begitu saja.

“Saya memang tidak meminta, tetapi apabila Aiman sudah membeli dan memberi sebagai hadiah takkan pula nak menolaknya. Saya bersyukur ke hadrat Allah dan hanya tumpang gembira dengan apa saja hadiah diterima daripada Aiman,” katanya.

Aiman berkata, perkhidmat­an disediakan di restoran baru itu ialah hidangan lauk-pauk untuk juadah makan tengah hari dan beberapa menu berbeza dari cawangan pertama.

Sehubungan itu, Aiman juga dikatakan kini merancang membuka satu restoran miliknya di ibu kota tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ?? AIMAN di restoranny­a.
AIMAN di restoranny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia