Harian Metro

Mangsa ada rekod jenayah

-

Seorang lelaki yang maut ditembak di Sungai Golok, Selatan Thailand malam kelmarin mempunyai beberapa rekod jenayah harta benda.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki itu berusia 54 tahun dan disahkan berasal dari Kota Bharu.

“Berdasarka­n semakan yang dibuat pihak kami didapati mangsa memiliki beberapa rekod jenayah di negara ini, selain kesalahan trafik.

“Selebihnya kami serahkan kepada polis di Sungai Golok untuk jalankan siasatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut manakala rakannya cedera selepas ditembak di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U.

Difahamkan, kedua-dua mangsa ditembak dua individu bermotosik­al yang tidak dikenali ketika berada di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia