Harian Metro

Kasih tak kesampaian

-

berbincang mengenai majlis pertunanga­n mereka.

“Dia (Sharifuden) beritahu mahu bertunang dan dia ajak kami pergi merisik sekali dengan majlis pertunanga­n pada Mac depan.

“Saya cakap dengan dia, beli cincin nanti kami datang (ke Manjung) bawa rombongan meminang dan terus sarung cincin,” katanya sayu ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), semalam.

Menurutnya, persiapan untuk majlis pertunanga­n itu masih belum dibuat, namun mereka sudah merancang untuk membuat majlis perkahwina­n kedua-dua pihak yang dijangka pada November depan.

“Apa yang dirancang tidak kesampaian, namun kami reda dengan ketentuan ini. Saya menerima berita sedih ini daripada ibu arwah Nadya kira-kira jam 1.50 pagi tadi (semalam) sebelum kami sekeluarga bergegas ke Manjung.

“Arwah Sharifuden bekerja di restoran makanan segera di Manjung sejak empat bulan lalu dan kehilangan­nya sangat dirasai kerana dia anak yang sangat baik, pendiam dan ringan tulang,” katanya yang juga anggota polis di Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang.

Anak kepada Nadya, Nur Husnina Hamid Tuah, 13, berkata, walaupun terkejut kehilangan ibu tersayang sekelip mata dia menerima takdir itu dengan reda dan terus tinggal bersama datuk dan neneknya, Norsida Osman, 59, dan Othman Mat, 65.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa ibunya pada tengah hari kelmarin sebelum ke sekolah kira-kira jam 12.45 tengah hari, namun ibunya tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

“Sebelum ke sekolah saya sempat salam ibu seperti biasa dan ketika itu ibu juga bersiap untuk ke tempat kerjanya di restoran makanan segera, sama tempat kerja dengan pak cik (Sharifuden).

“Kami tahu ibu dan pak cik sudah tiada selepas dimaklumka­n Pak Lang (adik Nadya). Saya terkejut dan sedih manakala opah menangis sebaik menerima berita itu,” katanya.

Katanya, ibunya baru bekerja di restoran makanan segera itu tidak sampai sebulan. Mereka tinggal bersama datuk dan nenek serta bapa saudara di Taman Desa Bayu, Seri Manjung.

“Walaupun ibu sudah tiada, pesanannya menyuruh saya belajar bersungguh-sungguh akan diingati sampai bila-bila,” katanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, Seri Manjung.

Sementara itu, adik Nadya, Naimrah Othman, 33, berkata, kakak sulungnya itu ke Sungai Kerang untuk mencuba baju pertunanga­n yang ditaja rakannya.

“Jika mengikut perancanga­n mereka berdua akan bertunang pada 25 Mac depan, namun kami reda dengan pemergiaan kakak, seorang yang ceria dan mudah mesra,” katanya.

Jenazah Sharifuden dibawa pulang dan dikebumika­n di Ayer Hitam, Kedah.

Jenazah Nadya pula dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Fasa 2C, Seri Manjung.

 Pasangan bakal bertunang terbunuh dalam kemalangan

 ??  ?? GAMBAR kenangan Sharifuden bersama Nadya yang maut dalam nahas membabitka­n dua kenderaan di Batu 11 Segari, Manjung.
GAMBAR kenangan Sharifuden bersama Nadya yang maut dalam nahas membabitka­n dua kenderaan di Batu 11 Segari, Manjung.
 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan terbabit kemalangan.
ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan terbabit kemalangan.
 ??  ?? AHLI keluarga menunggu jenazah di Unit Forensik Hospital Seri Manjung.
AHLI keluarga menunggu jenazah di Unit Forensik Hospital Seri Manjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia