Harian Metro

Mangsa ketiga masih belum dikenal pasti

-

Selain pasangan yang bakal bertunang, lelaki yang turut maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Batu 11, Segari di sini malam kelmarin, masih belum dikenal pasti identitiny­a.

Seorang lagi mangsa yang parah dalam kejadian jam 11.30 malam itu adalah pemandu Proton Iswara, Henson Elizabeth Saimah, 31, berasal dari Sarawak yang patah kaki kanan dan luka di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner

Muhammad Hanif Othman berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.06 tengah malam kelmarin.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Persona dinaiki Sharifuden Shahidan, 34, dan Nadya Othman, 36, dari arah Taiping menghala ke arah Seri Manjung manakala Proton Iswara dari arah bertentang­an.

“Apabila sampai tempat kejadian, dipercayai Proton Iswara gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan melanggar Proton Persona yang berada di laluan yang sah,” katanya.

“Sharifuden sudah memaklumka­n kami hasratnya untuk berkahwin dan meminta kami meminang rakan wanitanya (Nadya) dijangka pada Mac depan tetapi sudah takdir mereka pergi dahulu,” kata Koperal Shahidan Omar, 59.

Shahidan adalah bapa kepada Sharifuden, 34, yang maut dalam nahas membabitka­n dua kenderaan di Batu 11 Segari di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Proton Persona dipandu Sharifuden bertembung dengan Proton Iswara yang datang dari arah bertentang­an.

Turut maut, bakal tunangnya, Nadya Othman, 36, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta dipandu Allahyarha­m dan seorang lelaki warga Indonesia yang juga penumpang hadapan Proton Iswara.

Pemandu Proton Iswara, Henson Elizabeth Saimah, 31, berasal dari Sarawak pula cedera parah dalam nahas terbabit.

Difahamkan ketika kejadian, Sharifuden dan Nadya yang sudah setahun berkenalan dalam perjalanan pulang ke Manjung dari Sungai Kerang, Taiping selepas mencuba baju yang akan dipakai pada hari pertunanga­n mereka dijangka berlangsun­g pada 25 Mac depan.

Shahidan berkata, anak sulung daripada lima beradik itu pulang ke rumah mereka di Pulau Pinang pada 18 Januari lalu bersama adik bongsunya dan Nadya serta anak perempuan Nadya untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia