Harian Metro

‘Mak tak bagi nyanyi, lebihkan ibadat’

-

Kuala Lumpur: “Memang betul emak minta saya berhenti menyanyi, tetapi saya cakap akan kurangkan secara perlahan-lahan,” kata Joey, vokalis kumpulan Bumiputra Rockers (BPR).

Kenyataan ini dibuat bagi menjawab status yang dimuat naik di Facebook peribadiny­a, Joey BPR berkaitan perkara itu.

“Mak aku suruh berhenti nyanyi. Aku tengah fikir. Kalau aku berenti, 10 Mac ini konsert akhir aku,” tulisnya.

Status itu sekali gus mengundang tanda tanya peminat kerana BPR baru saja mengumumka­n akan aktif semula menerusi konsert Silaturahi­m Bumiputra Rockers yang akan berlangsun­g di The House, G Tower, Jalan Tun Razak pada 10 Mac ini.

Mereka juga terbabit dengan persembaha­n bergerak di pelbagai lokasi seluruh negara selepas itu termasuk Sabah dan Sarawak.

Joey, 56, berkata, ibunya, Zahrah Omar, 81, memintanya berbuat demikian kerana bimbangkan kesihatann­ya.

“Penyakit darah tinggi saya semakin teruk. Ini antara sebab mengapa saya tidak banyak ambil tawaran menyanyi.

“Mak cakap, umur macam saya patut lebihkan ibadat dan kurangkan menyanyi.

“Jadi, persembaha­n bergerak BPR nanti rasanya yang terakhir buat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Tiket menonton persembaha­n BPR berharga RM100 boleh dibeli menerusi laman web www.bprticket.tk.

 ??  ?? JOEY (dua dari kanan) bersama anggota BPR.
JOEY (dua dari kanan) bersama anggota BPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia