Harian Metro

Terkesan ungkapan keramat

-

Kuala Lumpur: Ungkapan ayat ‘selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah pula ayahnya itu masuk ke neraka’ membuatkan hati pelakon Eyra Hazali terbuka untuk tampil imej bertudung sejak Ahad lalu.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 20, berkata, niat untuk bertudung dan menutup aurat sudah lama terdetik, tetapi dia belum temui keyakinan diri apabila sentiasa memikirkan soal masa depan kerjaya lakonan dan tanggapan orang ramai terhadap perubahan drastik ini. “Bagaimanap­un, Ahad lalu saya nekad tampil bertudung apabila terbaca dan terfikir mengenai ayat itu,” katanya yang popular menerusi drama bersiri Mr Grey.

Menurut Eyra, dia mengaku keluarga serta tunangnya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun, Muhammad Haziq Nadzli terkejut dengan imej barunya itu.

“Bukan saja tunang terkejut, malah keluarga saya juga tak sangka saya mengambil keputusan berhijrah ketika menghantar mesej WhatsApp kepada mereka.

“Mereka turut pesan supaya saya tidak bertudung serta umumkan perkara ini apabila saya benar-benar ingin berubah dan membina kehidupan baru,” katanya.

Eyra berkata, dia juga sentiasa berdoa supaya terus kuat dan kekal istiqamah.

 ??  ?? EYRA
EYRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia