Harian Metro

Andaian pasukan bomba lain turut diserang

-

Shah Alam: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, bahawa andaian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak sempat menyelamat­kan diri daripada rusuhan kerana pasukan bomba lain turut diserang ketika mahu memadamkan kebakaran berhampira­n Kuil Shah Alam: Seorang pegawai bomba kanan memberitah­u Mahkamah Koroner di sini, bahawa beliau tidak dapat melihat kedudukan van unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) yang membawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ketika jentera

(FRT) dinaikinya mengundur dalam kejadian rusuhan berhampira­n Kuil Sri

Maha Mariamman, USJ 25, November tahun lalu.

Ketua Operasi, Pegawai

Bomba Kanan Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 26 November tahun lalu.

Pemandu van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (ERMS), Ahmad Shahril Othman, 36, berkata, kejadian kali pertama itu berlaku sehari sebelum pasukannya diserang sekumpulan orang awam dalam insiden yang lebih kurang sama, pada 27 November tahun sama.

Selain itu, saksi ketiga inkues kematian Muhammad Adib itu berkata, andaian itu juga berdasarka­n tindakan orang awam yang cuba membuka pintu van EMRS hingga menyebabka­n kerosakan teruk pada kenderaan itu ketika kejadian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Kamaruzama­n A Wahab pada hari ketiga prosiding inkues itu.

KAMARUZAMA­N: Adakah itu sahaja atau ada asas lain?

SHAHRIL: Memandangk­an kereta rosak dan (orang awam) merusuh dan mencederak­an anggota dengan peralatan. Sebelum kes ini berlaku, ada kes awal di mana anggota bomba turut dihalang dan diugut ketika mahu memadamkan kebakaran di kawasan kuil berkenaan.

KAMARUZAMA­N: Ini berlaku bila?

SHAHRIL: Awal pagi pada 26 November 2018.

KAMARUZAMA­N: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya?

SHAHRIL: Ya. Tetapi, pasukan lain.

KAMARUZAMA­N: Mereka dihalang dan diugut, pasukan pertama?

SHAHRIL: Ya, lagi satu kesan bukti dua helmet dalam kenderaan (van EMRS). Satu berwarna merah dan satu lagi kelabu.

KAMARUZAMA­N: Apa ini (helmet) di belakang (van EMRS)?

SHAHRIL: Ya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam pemerhati dari Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansoor, Ahmad Shahril berkata, dia tidak sedar sama ada Muhammad Adib ditarik keluar atau tercampak ketika kejadian.

SYAZLIN: Kamu sedar Adib ditarik keluar atau tercampak.

SHAHRIL: Tak sedar. Dalam keadaan bising, saya tak boleh fokus.

SYAZLIN: Semasa jentera FRT diserang, pintu cuba dibuka?

SHAHRIL: Ya. Tapi saya tak sempat berkomunik­asi (dengan Adib) kerana menjaga diri supaya perusuh tidak masuk dalam van.

SYAZLIN: Kalau dia (Adib) cakap apa-apa. Kamu boleh dengar?

SHAHRIL: Tak boleh dengar bunyi riuh- rendah. Tak boleh bezakan bunyi riuh atau bunyi suara Adib. Terdahulu ketika menjawab soalan lain Syazlin, saksi sama berkata, dia berasa lebih selamat berada di dalam van EMRS ketika kenderaan itu diserang oleh orang awam.

“Kalau saya turun, saya macam bunuh diri. Ada perusuh takkan turun, saya rasa lebih selamat dalam van itu. Itu pilihan yang saya buat,” katanya. masa sama, saya cuba menghubung­i telefon bimbit Muhammad Adib tetapi tidak berjawab. Saya juga arahkan anggota untuk menelefon dia. Pada jam 1.34 pagi, ada orang awam menjawab telefon milik Muhammad Adib dan mengatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Saya bersama anggota pergi ke SJMC dengan menaiki FRT.

HAMDAN: Berhubung laporan polis mengenai kejadian pada pagi itu, boleh kamu jelaskan ayat kamu yang mengatakan bahawa Muhammad Adib ditarik dan dipukul?

BADRUL HISYAM: Saya membuat laporan itu bersama pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman. Anggota polis yang menaip laporan itu. Saya sendiri tidak nampak kejadian sebenar yang berlaku hanya membuat andaian apabila dimaklumka­n Ahmad Shahril bahawa pintu jenteranya cuba ditarik oleh orang awam. Saya beranggapa­n bahawa Muhammad Adib juga begitu. Selepas membaca laporan polis yang ditaip, saya ada memaklumka­n bahawa kami tidak nampak apa yang berlaku dan mahu meminda laporan polis.

HAMDAN: Mengapa pada masa itu kamu tidak meminda laporan polis?

BADRUL HISYAM: Saya berada dalam keadaan trauma dan saya tidak pasti apa yang saya patut lakukan atau tindakan seterusnya.

Terdahulu Badrul Hisyam dalam keterangan­nya memberitah­u komunikasi antaranya dengan anggota menaiki EMRS terputus selepas rusuhan berikutan alat komunikasi radio GIRN

tidak berfungsi kerana tiada liputan.

Sementara itu, menjawab soalan peguam pemerhati yang mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Syazlin Mansor, beliau mengetahui tempat kejadian tiada liputan komunikasi apabila alat komunikasi radio GIRN

tidak memberi sebarang isyarat.

SYAZLIN: Kenapa tidak menggunaka­n telefon bimbit?

BADRUL HISYAM: Keadaan kelam-kabut, saya terpaksa melindungi diri dan tidak mengetahui di mana telefon bimbit.

 ?? Ahmad Shahril ?? Tak boleh dengar bunyi riuh- rendah. Tak boleh bezakan bunyi riuh atau bunyi suara Adib
Ahmad Shahril Tak boleh dengar bunyi riuh- rendah. Tak boleh bezakan bunyi riuh atau bunyi suara Adib
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia