Harian Metro

Penyamun RM20,000 sudah dikenal pasti

-

Kota Bharu: Polis sudah mengenal pasti suspek berhubung kes samun seorang peniaga yang kerugian lebih RM20,000 di Kampung Chepa, Sering, Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek yang berusia 30-an itu akan ditahan dalam masa terdekat.

“Kami sudah mengenal pasti suspek yang juga berasal dari daerah ini.

“Tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes itu,” katanya kepada media di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian tengah hari Ahad lalu, Nor Baizura Othman, 29, kerugian lebih RM20,000 manakala bayi perempuann­ya yang berusia setahun lima bulan cedera di telinga kiri serta mata kanan selepas disamun seorang lelaki di hadapan rumahnya.

Suspek mengacukan parang di bahagian leher dan mengambil beg tangan mangsa di dalam kereta yang mengandung­i barang kemas dan wang tunai RM1,500.

Lelaki itu kemudianny­a mencampakk­an anak mangsa ke tanah dalam jarak 10 meter menyebabka­n bayi perempuan itu cedera di telinga kiri dan mata kanan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia