Harian Metro

Serbu stor ketum

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 AKSEM rampas 568kg bahan terlarang bernilai RM17,040

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis berjaya menyerbu rumah yang dijadikan stor penyimpana­n lebih setengah tan daun ketum bernilai RM17,040 sebelum diseludup ke Thailand, kelmarin.

Komander AKSEM Perlis, Syed Basri Syed Ali berkata, dalam serbuan jam 4.30 pagi itu, pihaknya mendapati rumah di Jalan Kaki Bukit berkenaan tidak berpenghun­i.

“Berdasarka­n maklumat risikan AKSEM negeri, kami mendapati rumah terbabit dijadikan pengumpula­n daun ketum sebelum diseludup ke negara jiran.

“Anggota yang tiba di rumah berkenaan mengetuk pintu rumah terbabit, bagaimanap­un tiada jawapan dan kami terpaksa memecahkan pintu rumah itu,” katanya ketika dihubungi.

Syed Basri berkata, sejurus pintu rumah itu dipecahkan, pihaknya menemui 568 kilogram daun ketum yang dibungkus ke dalam ratusan plastik kecil.

“Bagi operasi semalam, tiada tangkapan dilakukan namun kami sudah mengesan pemilik rumah berkenaan melalui alamat pada bil elektrik rumah itu.

“Kami percaya mereka yang terbabit akan dapat diberkas bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ?? AKSEM Perlis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan setor simpanan ketum di Jalan Kaki Bukit.
AKSEM Perlis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan setor simpanan ketum di Jalan Kaki Bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia