Harian Metro

Sempat kirim wang gaji kepada ibu sebelum ditahan

-

Kuching: Lai Wen Siang, 36, salah seorang 47 warga Malaysia yang ditahan di sebuah penjara di Kemboja sempat mengirimka­n wang gaji kepada ibunya, Tan Chai Hay, 57, sebelum ditangkap pihak berkuasa tempatan.

Menurut abangnya, Lai Wen Jie, 39, adiknya mengirim wang pada November tahun lalu iaitu sebulan selepas dia ke Kemboja untuk bekerja di negara itu.

Katanya, wang itu digunakan untuk menampung perbelanja­an anak-anak Wen Siang yang kini dijaga bekas isterinya selepas mereka berpisah.

“Wen Siang menghubung­i ibu agar memeriksa akaun bank kerana ada mengirim wang gajinya dari sana (Kemboja) untuk anak-anaknya,” katanya, semalam.

Wen Jie berkata, panggilan itu juga yang terakhir daripada Wen Siang sebelum ibunya dihubungi Wisma Putra pada 23 Januari lalu untuk memaklumka­n bahawa anak bongsunya itu ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian atas talian.

“Kira-kira dua minggu sebelum Tahun Baharu Cina, kami mendapat khabar dia ditangkap...ini amat menyedihka­n kami, terutama ibu.

“Mereka (Wisma Putra) menyampaik­an pesan adik kepada ibu, dia tidak dapat balik untuk menyambut Tahun Baharu Cina dan menyuruh ibu membawa anak-anaknya pergi membeli belah.

“Saya memang tak tahu adik ke Kemboja untuk bekerja. Saya hanya tahu perkara itu selepas dimaklumka­n oleh rakan,” katanya.

Menurutnya, Wen Siang ke Kemboja bersama dua rakan yang sama tinggal di kawasan perumahan mereka di Taman Malihah.

“Kalau di sini (Kuching), adik menganggur. Sebab itu, saya fikir dia sanggup ke Kemboja kerana mendapat tawaran gaji yang besar,” katanya.

Chai Hay pula ketika ditemui berkata, dia juga tidak tahu Wen Siang ke Kemboja untuk bekerja.

“Dia cuma cakap pergi kerja ke tempat lain, saya ingatkan dia pergi ke Singapura kerana sudah beberapa kali ke sana untuk bekerja,” katanya.

 ??  ?? CHAI (kiri) ketika di Pejabat Wilayah Sarawak untuk pertemuan dengan pengarahny­a, Deddy Faisal Ahmad Salleh.
CHAI (kiri) ketika di Pejabat Wilayah Sarawak untuk pertemuan dengan pengarahny­a, Deddy Faisal Ahmad Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia