Harian Metro

Lapar selongkar tong sampah

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Saya sangat malu dan sedih selepas dimaklumka­n anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah,” kata mualaf, Mardinah Dabe Martin, 35.

Dia yang ditemui di rumah sewanya di Perumahan Taman Rakyat Jaya di sini, mengakui tidak mempunyai duit untuk perbelanja­an anak-anaknya ketika itu tidak dapat menyembuny­ikan lagi penderitaa­n hidup mereka sekeluarga selepas kisah anaknya itu tular di media sosial.

Menurutnya, dua anaknya, Nur Farah Insyirah, 12, dan Muhammad Farish Irsyad Nor Sukaimi, 10, belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir.

“Mereka diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak Januari tahun ini tetapi mereka mungkin berbuat demikian kerana kelaparan.

“Perasaan saya ketika itu bercampur baur, ibu mana yang tidak sedih dan sebak apabila melihat keadaan anak selain berasa malu kerana tidak dapat menyediaka­n keperluan mereka secukupnya sehingga mereka bertindak sedemikian,” katanya yang juga ibu kepada empat anak.

Mardinah berkata, dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana perlu menjaga dua anaknya yang hiperaktif.

Menurutnya, dia anaknya iaitu Muhammad Farish Irfaezd, 7, dan Muhammad Farish Irdyad, 6, sangat aktif dan dia tidak boleh meninggalk­an mereka.

“Hanya mereka yang mempunyai anak seperti saya faham betapa sukarnya menjaga mereka,” katanya yang diceraikan suaminya sejak tiga bulan lalu.

Mardinah yang berasal dari Ranau, Sabah berkata, dia memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan bekas suaminya kira-kira 14 tahun lalu dan mengikut lelaki itu yang mendapat pekerjaan di Selangor.

“Bagaimanap­un, bekas suami bawa kami pulang ke kampungnya, di sini pada awal tahun lalu dan kehidupan saya serta empat anak berubah selepas kami berpisah.

“Saya dipujuk ibu dan rakan-rakan supaya pulang ke kampung tetapi saya tidak mahu kembali ke agama asal saya kerana saya sayang pada agama Islam,” katanya.

Menurut Mardinah, kesempitan hidup menyebabka­n dia terpaksa mencatu makanan dan pernah menahan kelaparan supaya anak-anaknya itu tidak kelaparan.

“Sebelum ini, saya malu nak keluar rumah kerana tidak mahu jiran tahu kesusahan hidup tetapi mereka banyak membantu sejak mengetahui kisah kami.

“Saya tidak mempunyai kenderaan dan tidak pandai memandu. Mujurlah ada jiran yang sudi membantu menghantar dan mengambil dua anak yang bersekolah,” katanya.

“Setiap hari saya menangis mengenangk­an kesusahan hidup yang dihadapi namun pelbagai pihak termasuk jiran, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) datang membantu sejak kisah kami tersebar.

“Saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua, “katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Motosikal Freedom Rider, Mohd Sabri Talib berkata, pihaknya terpanggil selepas mengetahui kesusahan hidup keluarga Mardinah.

Menurutnya, dia juga gembira selepas dua lagi NGO iaitu Pertubuhan Karyawan Terengganu dan Kelab Triton Kemaman turut bersama-sama membantu.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun CIMB Bank milik Mardinah di akaun 7049534798. Sorok dua tan bijih timah di dalam guni dan tong sebelum cuba diseludup masuk ke Malaysia menggunaka­n bot.

Kegiatan haram dilakukan dua lelaki warga Indonesia itu berjaya dihalang Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor, jam 10 pagi semalam.

Difahamkan, dua lelaki berusia 32 dan 44 tahun ditahan ketika bot ronda PPM W2, Muar, melakukan rondaan di sekitar Sungai Batu Pahat, di sini.

Timbalan Komander

PPM W2, Superinten­dan Noor Azman Jamal berkata, sebaik menahan dan memeriksa bot dinaiki dua lelaki terbabit, pihaknya menemui dua tan bijih timah diisi di dalam 50 guni.

“Guni berisi bijih timah itu disorokkan dalam tong dan diletakkan di bahagian depan (luar) atas dek bot berkenaan.

“Tiada sebarang dokumen pemilikan atau kebenaran membawa bijih timah yang sah dikemukaka­n mereka,” katanya.

Katanya, tekong dan awak-awak bot itu kemudian ditahan dan bijih timah serta bot dirampas.

 Mualaf sebak selepas keperitan hidup tular di media sosial

 ??  ?? MARDINAH bersama anak-anaknya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan
Taman Rakyat Jaya.
MARDINAH bersama anak-anaknya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Taman Rakyat Jaya.
 ??  ?? MARDINAH terima sumbangan daripada KPDNHEP.
MARDINAH terima sumbangan daripada KPDNHEP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia