Harian Metro

Rampas 450 liter diesel

- Junaidi Ladjana am@hmetro.com.my

 PPM sita 90 tong gas LPG tanpa permit

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 450 liter diesel dan 90 tong gas cecair petroleum (LPG) dalam serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini, di sini, kelmarin.

Diesel dan tong LPG berkenaan dirampas selepas PPM pemeriksaa­n dijalankan mendapati barangan berkenaan tidak memiliki dokumen pengesahan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, rampasan dilakukan Unit Risikan Marin (URM) PPM Kota Kinabalu, terbabit dalam Op Gelora Khas dan Op Terancang.

Beliau berkata, dalam Op Gelora Khas di perairan Jeti Pemasaran Perikanan Sabah (SAFMA), jam 10.30 malam, PPM menahan sebuah bot penambang dikendalik­an seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n menemukan 26 tong biru yang mana setiap satu disyaki mengandung­i 18 liter diesel.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati juragan gagal mengemukak­an lesen atau permit yang sah daripada KPDNHEP.

“Nilai keseluruha­n rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM23,900,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Mohamad Pajeri berkata, dalam serbuan Op Terancang di Terminal Bot Penambang Pulau Gaya, berhampira­n Pasar Besar Kota Kinabalu, jam 10.20 pagi pula pihaknya menahan dua lori yang membawa muatan 41 dan 49 tong gas LPG.

“Turut ditahan pemandu lori berusia 41 dan 44 tahun, semakan dilakukan mendapati mereka ini adalah warga tempatan.

“Mereka gagal mengemukak­an dokumen atau permit yang sah daripada KPDNHEP ketika diminta berbuat demikian. “Pemeriksaa­n seterusnya mendapati daripada 90 tong LPG itu 66 berisi manakala 24 kosong. Nilai rampasan RM145,330,” katanya.

Menurutnya, individu ditahan dan barangan rampasan kemudian di bawa ke pangkalan PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? PEMANDU lori bersama muatan tong gas LPG ditahan dalam Op Terancang.
PEMANDU lori bersama muatan tong gas LPG ditahan dalam Op Terancang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia