Harian Metro

Terjun laut elak dicekup

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Juragan ‘bom’ ikan lari tinggalkan bot pam

Seorang juragan bot nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan di perairan berhampira­n Kampung Basilan, Kunak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.40 petang, suspek berenang ke kampung berkenaan dan gagal gagal dikesan sepasukan anggota Unit Risikan Marin PPM Lahad Datu, terbabit dalam operasi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, terdahulu anggota PPM menghampir­i bot berkenaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Namun juragan bot terjun ke laut dan gagal dikesan, pemeriksaa­n dalam bot pam digunakan suspek menemui pelbagai jenis ikan ditangkap.

“Hasil penelitian dilakukan terhadap tangkapan ditemui kami mengesyaki ikan berkenaan ditangkap menggunaka­n bahan letupan,” katanya, semalam.

Menurutnya, anggota PPM Lahad Datu turut menemui enam peket plastik kecil disyaki mengandung­i dadah jenis syabu seberat 0.32 gram, wang tunai RM12 dan lima keping kertas timah.

“Semua barangan pampasan termasuk bot dianggarka­n bernilai RM2,812 dibawa ke Pos PPM Kunak untuk tindakan lanjut

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA PPM merampas sebuah bot pam. Gambar dalam bulatan dadah yang ditemui dalam bot pam.
ANGGOTA PPM merampas sebuah bot pam. Gambar dalam bulatan dadah yang ditemui dalam bot pam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia