Harian Metro

Abdul Bari, lima penyelamat terima Anugerah Wira Darul Iman

-

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan menyampaik­an Anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika membantu menyelamat­kan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu pada 8 Februari lalu.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah itu juga akan diberikan kepada lima lagi individu atas jasa dan keberanian mereka yang turut sama bertungkus-lumus menyelamat­kan mangsa.

“Kami akan adakan satu majlis khusus pada 22 Februari ini dan menyampaik­an Anugerah Wira Darul Iman kepada Allahyarha­m (Abdul Bari Asyraf) dan lima lagi yang turut sama turun ke dalam air untuk selamatkan mangsa.

“Semua mereka akan menerima insentif dalam bentuk kewangan dan sijil, cuma Allahyarha­m akan dapat lebih sikit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Kit Jenazah Syarikat Air Terengganu (SATU) kepada wakil kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SATU Atemin Sulong dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia