Harian Metro

Artis umpama jurucakap kempen

-

Kuala Lumpur: Anak seni yang mahu mencuba nasib di dalam bidang politik di negara mungkin sekadar ‘berjaya’ menjadi calon Yang Berhormat (YB) kerana tidak dibekalkan dengan ilmu politik yang mencukupi untuk menjadi wakil rakyat.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA Prof Datuk Dr A Razak Mohaideen berkata, pembabitan artis dalam politik ketika ini belum sampai ke tahap yang boleh mengangkat mereka sebagai wakil rakyat.

“Pembabitan artis dalam politik ketika ini sebenarnya hanya banyak berkisar mengenai sokongan kepada parti tertentu. Lebih kepada menjadi jurucakap kempen sahaja.

“Sifat kepimpinan sebenar tidak kelihatan kerana cara politik di Malaysia lebih menekankan kepada kelompok berparti, perlu menjadi pemimpin kepada parti dan pemimpin kepada negara

Mengulas lanjut, pengarah filem terkenal itu berkata, walaupun mempunyai rupa dan ketrampila­n sebagai artis, mereka perlu mempunyai kepintaran dalam mengendali­kan hal ehwal ekonomi serta segala aspek berkaitan pentadbira­n negara.

“Artis yang kita ada pula ramai yang tidak memiliki kemahiran, pengalaman atau pengetahua­n mengenai politik negara.

“Jadi itu adalah sesuatu yang agak sukar kerana kebanyakan anak seni yang popular ini terlalu sibuk dan apabila populariti mereka sudah hilang, mereka sudah pun berusia untuk menyertai politik,” katanya.

A Razak berkata, artis yang ingin menyertai politik perlu mempunyai kelulusan yang sesuai, minat yang mendalam serta sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Untuk ke arah itu, katanya, mereka perlu melalui satu proses seperti pengajian berkaitan dalam bidang politik atau mendapat sijil berkaitan untuk menggiatka­n ini mereka sebagai ahli politik.

“Mereka boleh memulakan kerja amal dan juga kerja yang berkaitan dengan kemanusiaa­n. Cara itu mungkin boleh jadi calon wakil rakyat tetapi sekadar hanya membekalka­n bakat nyanyian dan kerja amal sahaja tidak memadai.

“Mereka perlu ada ilmu kepimpinan, pengurusan dan kewangan kerana tugas akan ahli politik adalah untuk membimbing masyarakat ke arah yang lebih baik dan berjaya,” katanya.

 ?? Dr A Razak Mohaideen ?? Pembabitan artis dalam politik ketika ini sebenarnya hanya banyak berkisar mengenai sokongan kepada parti tertentu. Lebih kepada menjadi jurucakap kempen
sahaja”
Dr A Razak Mohaideen Pembabitan artis dalam politik ketika ini sebenarnya hanya banyak berkisar mengenai sokongan kepada parti tertentu. Lebih kepada menjadi jurucakap kempen sahaja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia