Harian Metro

Tiga nama disenarai pendek calon BERSATU

-

Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Faris Izaat Omar, 33, dikatakan antara tiga nama yang disenarai pendek sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya

Kecil (PRK) DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Menurut sumber, selain beliau, dua lagi nama tersenarai mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Langat adalah Timbalan Ketua Bahagianny­a, Mohd Rais Zulkifli dan Setiausaha Bahagian, Mohd Hisham Abd Rahim.

“Ketiga-tiga nama itu adalah mereka yang disenarai pendek daripada enam calon lain yang diputuskan melalui mesyuarat BERSATU Bahagian Hulu Langat dua minggu lalu.

“Semua nama itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti, namun difahamkan nama Faris Izzat, Mohd Rais dan Mohd Hisham, ketiga-tiganya orang tempatan disenarai pendek sebagai calon,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Menurut beliau, selain pernah bertugas sebagai pegawai khas kepada Allahyarha­m Bakhtiar

Mohd Nor, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu, Faris Izaat juga adalah Ahli Jawatankua­sa BERSATU Bahagian Hulu Langat.

Mohd Hisham pula, katanya, selain sebagai setiausaha bahagian, beliau juga adalah Ahli Majlis Perbandara­n Kajang

(MPKJ).

Sabtu lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon PH dari parti itu bagi PRK berkenaan akan diumumkan hari ini termasuk mengambil kira faktor calon tempatan yang dimahukan banyak pihak.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz berkata, sebanyak enam nama pilihan UMNO bahagian itu untuk menjadi calon Barisan Nasional bagi PRK Semenyih sedang dalam proses tapisan BN Pusat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia