Harian Metro

Dipaksa jaja tubuh

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Remaja Indonesia bernasib malang disuruh melacur selepas ‘diselamatk­an’

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Itu pepatah sesuai menggambar­kan nasib malang remaja perempuan warga Indonesia berusia 16 tahun yang dipaksa melacur oleh sindiket pelacuran tempatan sebaik tiba ke negara ini.

Mangsa difahamkan mulanya dijanjikan pekerjaan lain oleh ejennya di Indonesia namun sebaik tiba di sini, dia dipaksa melacur.

Remaja itu kemudian dibantu seorang wanita yang juga rakan senegarany­a untuk melarikan diri daripada sindiket terbabit. Malangnya, remaja perempuan itu dipaksa pula melacur oleh ‘penyelamat­nya’ itu.

Kesengsara­an berganda remaja malang itu bagaimanap­un berakhir apabila Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang/Penyeludup­an Migran (D7C) Bukit Aman berjaya menyelamat­kannya, baru-baru ini.

Dalam operasi dinamakan Op Pintas itu, selain menyelamat­kan mangsa, D7C juga berjaya menahan empat suspek termasuk rakan senegarany­a itu.

Kejayaan operasi menyelamat itu disahkan Ketua Penolong Pengarah D7C Bukit Aman, Datuk Maszely Minhad yang berkata, kes itu disiasat mengikut

Seksyen 14 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Memperinci­kan kejayaan pasukannya, Maszely berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mendakwa dilacurkan dua wanita warga Indonesia sebaik berjaya melarikan diri daripada rumah suspek di Bandar Baru Ampang.

“Bertindak atas maklumat itu, satu pasukan diketuai Asisten Superinten­dan Azrul Azwan Abd Malik terus melakukan serbuan di rumah terbabit sebelum menahan dua lelaki Pakistan dan dua wanita Indonesia, masing-masing berusia 28 hingga 33 tahun.

“Selain remaja terbabit, kita juga menyelamat­kan seorang lagi remaja perempuan juga dari Indonesia berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa dijanjikan pekerjaan yang baik oleh ejennya di Indonesia namun dipaksa melacur sebaik tiba di negara ini.

“Bila dia lari daripada sindiket itu dengan bantuan rakan senegarany­a, dia pula dipaksa melacur oleh wanita terbabit,” katanya sambil menambah kes berkenaan akan dituduh di Mahkamah Ampang, hari ini.

Dalam perkembang­an lain, Maszely berkata, D7C Bukit Aman juga berjaya menumpaska­n satu sindiket pemerdagan­gan orang berpusat di Manjung, Perak, 16 Januari lalu.

Katanya, dalam serbuan yang dilakukan di tiga premis berasingan di daerah berkenaan, pihaknya berjaya menahan enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai ahli sindiket.

“Dalam operasi itu, kita berjaya selamatkan 19 wanita iaitu masing-masing seorang warga Indonesia dan Laos, Thailand (tiga) dan 14 warga Vietnam yang dipercayai dieksploit­asi sindiket untuk tujuan pelacuran,” katanya.

 ??  ?? MASZELY
MASZELY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia