Harian Metro

Pastikan bekas kakitangan SPAD dapat kerja

-

Kementeria­n Pengangkut­an akan berusaha memastikan bekas kakitangan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) yang belum mendapat sebarang pekerjaan ditawarkan di mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Itu jaminan diberikan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar kepada bekas kakitangan suruhanjay­a itu yang belum menerima sebarang tawaran selepas SPAD dibubarkan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n selamat menjalanka­n tugas kepada semua bekas pegawai dan kakitangan SPAD yang sudah ditempatka­n di Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD), Kementeria­n Pengangkut­an, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan jabatan atau agensi di bawah kementeria­n ini.

“Dalam hal ini juga, Kementeria­n Pengangkut­an akan berusaha bagi memastikan semua bekas kakitangan SPAD yang belum mendapat apa-apa tawaran kerja akan ditawarkan pekerjaan semula di mana-mana agensi atau GLC dan sebagainya,” katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pengangkut­an, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia