Harian Metro

Penuhi 10 kriteria layak mohon dana

-

Putrajaya: Institusi atau sekolah tahfiz swasta berdaftar perlu mematuhi 10 kriteria ditetapkan sebelum layak memohon seterusnya menerima dana bantuan keseluruha­n RM50 juta yang diperuntuk­kan menerusi Belanjawan 2019.

Perkara itu dimaklumka­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa selepas majlis penyerahan dana daripada Kementeria­n Kewangan, di sini, semalam.

Mujahid berkata, antara kriteria ditetapkan termasuk institusi tahfiz berkenaan perlu menjalanka­n pengajian secara formal (pagi hingga petang) dan melaksanak­an Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Agama, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri, pemilik institusi mestilah warga Malaysia, menggunaka­n bahasa Melayu dan Arab sebagai bahasa pengantar dan penama akaun institusi pula bukan penama individu.

Selain itu, katanya, institusi juga hendaklah beroperasi pada tahun semasa, maklumat institusi sudah direkod dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mesti mempunyai pelajar lebih 15 orang, melaksanak­an kurikulum kebangsaan dan kurikulum agama negeri dan institusi berkenaan juga perlu dicadangka­n oleh pihak pengurusan tertinggi JAKIM.

“Pada tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta kepada 815 tahfiz swasta berdaftar yang bakal memberi manfaat kepada 47,474 pelajar.

“Peruntukan dikhaskan untuk keselamata­n, selenggara atau naik taraf bangunan dan infrastruk­tur asas, alat bantu mengajar, perabot dan sistem pengurusan institusi,” katanya.

Katanya, jumlah permohonan bagi sesebuah institusi pula tidak melebihi RM250,000 dan permohonan yang tidak lengkap atau di luar skop projek tidak akan dipertimba­ngkan.

Mujahid berkata, permohonan bagi dana bantuan akan dibuka mulai Mac ini dan pihaknya menjangkak­an agihan peruntukan berkenaan akan dapat diselesaik­an selewat-lewatnya Oktober depan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menyediaka­n peruntukan RM11.8 juta bagi menarik institusi tahfiz yang tidak berdaftar supaya mendaftark­an diri selain memberi latihan kepada guru tahfiz.

Dalam pada itu, beliau mengakui perkembang­an institusi tahfiz di negara ini namun akan memantau perkembang­an itu supaya ia tidak menjadi tapak untuk aktiviti fahaman radikal.

 ?? Dr Mujahid ?? Peruntukan dikhaskan untuk keselamata­n, selenggara atau naik taraf bangunan dan infrastruk­tur asas, alat bantu mengajar, perabot dan sistem pengurusan institusi”
Dr Mujahid Peruntukan dikhaskan untuk keselamata­n, selenggara atau naik taraf bangunan dan infrastruk­tur asas, alat bantu mengajar, perabot dan sistem pengurusan institusi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia