Harian Metro

Perdagang warga asing

-

Enam lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan memperdaga­ngkan wanita warga asing bagi tujuan eksploitas­i seks antara September tahun lalu sehingga 16 Januari lalu.

Semua mereka iaitu Yeong Kuan Chun, 19, Yeong Kuan Seong, 23, Tan Lik Quan, 21, Kam Qi Wen, 21, Ang Boon Haw, 32, dan Ng Choon Hooi bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Kuan Chun dan Kuan Seong menghadapi tiga pertuduhan, Lik Quan, Qi Wen dan Boon Haw pula menghadapi empat pertuduhan manakala Choon Hoi satu pertuduhan, yang semuanya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Kuan Chun, Kuan Seong, Lik Quan, Qi Wen dan Boon Haw didakwa melakukan pemerdagan­gan orang terhadap seorang wanita warga Indonesia dan dua wanita Vietnam bagi tujuan eksploitas­i seks.

Bagi pertuduhan keempat pula, Lik Quan, Qi Wen, Boon Haw dan Choon Hooi didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang wanita warga Thailand.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di Dolfin Spa, Pusat Perniagaan Manjung Point, Seri Manjung, Manjung antara September tahun lalu sehingga 16 Januari lalu.

Keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan

dijalankan Timbalan Pendakwara­ya, Muhammad Fauzi Md Yusof manakala semua tertuduh diwakili peguam Hong Chong Chang.

Muhammad Fauzi mencadangk­an wang jaminan RM10,000 masing-masing bagi setiap pertuduhan sebelum Chong Chang memohon mahkamah untuk mempertimb­angkan perkara itu dan wang jaminan lebih rendah.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Norashima kemudian membenarka­n jaminan RM20,000 kepada Kuan Chun, Kuan Seong, Lik Quan, Qi Wen dan Boon Haw bagi semua pertuduhan manakala RM10,000 kepada Choon Hooi yang menghadapi satu pertuduhan.

Kes disebut semula pada 27 Februari ini.

 Enam lelaki dituduh eksploitas­i wanita

 ??  ?? ENAM lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh.
ENAM lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia