Harian Metro

Bekas ketua polis tak mengaku ambil rasuah

-

Seremban: Bekas Ketua Balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah pada 2014.

Sarjan Abdul Qayum Vekapady Abdullah, 59, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Junaidah Mohd Isa sebaik semua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menerima RM500 dan meminta suapan berbentuk telefon bimbit daripada M Moorthy untuk tidak mengambil tindakan dan memberi perlindung­an kepada lori digunakan lelaki itu yang melalui kawasan pentadbira­n balai polis berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.40 tengah hari hingga 2.10 petang pada 5 Mac 2014.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima RM1,000 bagi membeli telefon bimbit Iphone 5 untuk dirinya sebagai dorongan tidak mengambil tindakan sama daripada lelaki sama.

Perbuatan itu dilakukan di Restoran Old Town White Coffee, Port Dickson, jam 3.40 petang pada 6 Mac 2014.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, Abdul Qayum didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 16 (a) (B) akta sama.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nordiyanah Mohd Nawawi dan Karmila Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam, Rajinder Singh.

Sebaik meneliti rayuan kedua-dua pihak, Junaidah menawarkan jaminan RM15,000 bagi tiga pertuduhan sebelum menetapkan 19 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia