Harian Metro

Hadapi 14 tuduhan rasuah

-

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sekali lagi didakwa di mahkamah atas 14 tuduhan menerima rasuah membabitka­n bayaran ansuran kereta berjumlah RM23,540.68 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Noor Ehsanuddin, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) ada menerima bayaran ansuran kenderaan RM23,540.68 melalui cek daripada Karya Hidayah Sdn Bhd yang mana tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugas rasminya.

Difahamkan, kereta ialah BMW 3 Series.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Affin

itu Bank Berhad Cawangan Taman Maluri, Jalan Mahkota di sini, antara 10 Februari 2014 hingga 9 November 2015.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh diwakili peguam Datuk R Thrichelva­m.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintah­kan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? NOOR Ehsanuddin keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah 14, Kuala Lumpur, semalam.
NOOR Ehsanuddin keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah 14, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia