Harian Metro

Dah kena dah!

- Mohd Sabran Md Sani dan Nurul Amanina Suhaini am@hmetro.com.my

Seorang tekong darat wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki pasport dan dokumen perjalanan pendatang asing tanpa izin (PATI) milik individu lain pada 3 Februari lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Duong Thi Thuy Trang, 34, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan terhadapny­a dalam bahasa Vietnam.

Mengikut pertuduhan, Thuy Trang tanpa kuasa yang sah memiliki pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarka­n bagi kegunaan individu lain selain dirinya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah berkembar satu tingkat di Jalan Cemerlang 08, Taman Cemerlang 02, Tanjung Gemok, Rompin, pada jam 10.15 pagi, 3 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, seorang tekong bot Vietnam, Tran Van Dung, 38, mengaku bersalah atas pertuduhan mengangkut migran yang diseludup keluar dari negara ini pada 30 Januari lalu.

Dia yang juga nakhoda mengemudi sebuah bot nelayan tempatan bernombor pendaftara­n PAF 4973 di kedudukan garis lintang 02, di 1.8 natu nautika dari Barat Tanjung Kempit, Endau, pada jam 2.25 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya

 Tekong darat wanita warga Vietnam dipenjara 12 bulan

sekali jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Vietnam didakwa cuba keluar ke negara ini menerusi laluan tidak diwartakan.

Tertuduh, Thach Dung, 38, Le Minh Dien, 27, Huynh Huu Nghi, 29, Huynh Van Tinh, 32, Tran Van Co, 26, Le Thah Kha, 19, Du Than Luan, 41, Huynh Huu Phuol, 36, dan Tran Thanh Tu, 29.

Turut didakwa, Truong Van Cu Mau, 50; Duong Van Quy, 29; Duong Minh Dang, 24; Duong Trong Hien, 26; Nguyen Chi Khang, 25; Nguyen Van Chien, 28; Luong Van Duc, 31; Duong Hoang Vu, 28; dan Nguyen Van Xung, 44.

Mereka didakwa menaiki sebuah bot nelayan tempatan di lokasi sama pada jam 2.25 pagi, 30 Januari lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mazana menetapkan sebutan semula kes pada 3 April depan bagi melantik jurubahasa Vietnam dan menunggu dokumen pengesahan daripada Jabatan Imigresen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hairun Najmi Mashahadi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? DUONG Thi mengaku
bersalah terhadap pertuduhan dibacakan
te r h a d a p nya .
LAPORAN Harian Metro, semalam.
DUONG Thi mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan te r h a d a p nya . LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia