Harian Metro

Berkerusi roda siap 2,000 tempahan

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

 Wanita hidap masalah buah pinggang jual kelongsong periuk kera demi sara keluarga

Masalah buah pinggang kronik yang ditanggung sejak tiga tahun lalu tidak menghalang seorang wanita Latipah Abdullah, 45, berusaha mencari rezeki dengan menjual kelongsong periuk kera kepada peniaga makanan tradisiona­l di daerah ini.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, bagi memenuhi permintaan selain menambah pendapatan keluarga dan rawatan hemodialis­is setiap minggu dia juga turut menghasilk­an lemang periuk kera untuk pasaran tempatan.

“Rezeki saya sentiasa murah apabila perniagaan yang diusahakan secara jualan terus dan dalam talian kini semakin berkembang apabila mempunyai beberapa pelanggan tetap.

“Saya bersyukur apabila setiap minggu menerima tempahan antara 2,000 hingga 8,000 kelongsong, pelanggan tetap di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya di sini, semalam.

Dia yang menetap di FELDA Panching Selatan berkata, sokongan suami, Ramli Hanifiah, 56, dan dua anak remajanya melancarka­n lagi perniagaan yang diusaha sejak tiga tahun lalu.

Latipah yang kini terpaksa bergerak menggunaka­n kerusi roda sejak enam bulan lalu berkata, dia mendapatka­n bantuan beberapa penduduk kampung termasuk masyarakat Orang Asli untuk mencari kelongsong itu di kawasan hutan di Gambang dan Muadzam Shah, Rompin.

Menurutnya, kawasan hutan dua daerah itu menjadi habitat tumbuhan periuk kera jenis bulat, kedudukan hampir dengan jalan utama memudahkan lagi aktiviti mendapatka­n produk tumbuhan berkenaan.

“Setiap minggu saya perlu rawatan hemodialis­is sebanyak tiga kali, perbelanja­an ditanggung sepenuhnya oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.

“Untuk membeli ubat, pemeriksaa­n darah dan sebagainya saya perlu menyediaka­n perbelanja­an kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya yang reda dengan ujian yang tidak pernah diduga itu.

Latipah berkata, sokongan suami yang setia menjaga dan membantuny­a hingga sanggup berhenti kerja memberi semangat kepadanya untuk berniaga dan menambah pendapatan keluarga.

Dia yang sebelum ini menjadi jurugambar perkahwina­n dan pelbagai program rasmi berkata, sokongan saudara dan rakan-rakan menjadi kekuatan untuk dia berusaha lebih gigih walaupun terpaksa berkerusi roda.

“Selagi terdaya saya akan terus berusaha menghasilk­an lemang periuk kera dan kelongsong­nya bagi memenuhi permintaan pengguna, rezeki saya pada perniagaan berkenaan yang tidak memerlukan banyak tenaga.

“Harapan saya perniagaan yang diceburi ini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang prihatin dengan nasib saya,” katanya yang sentiasa berdoa supaya diberi kekuatan semangat.

 ??  ?? LATIPAH (kanan) menjual kelongsong periuk kera di FELDA
Panching
Selatan.
LATIPAH (kanan) menjual kelongsong periuk kera di FELDA Panching Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia