Harian Metro

Jual kuih sara 4 anak

-

Johor Bahru: “Buat masa ini saya mencari rezeki dengan menjual kuihmuih. Hanya itu sahaja kemahiran yang ada untuk menyara dan membesarka­n empat anak,” ujar ibu tunggal, Noor Rashima Abd Abd Aziz, 40.

Noor Rashima berkata, dia sebelum ini hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari berikutan tempahan kuih diterima terhad selain perlu menjaga arwah suami yang sakit.

Ketika itu menurutnya, dia bergantung kepada pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang diterima arwah suaminya bagi menampung perbelanja­an.

Bagaimanap­un, keluargany­a hilang punca pendapatan selepas suaminya, Mohamad Noor Abd Hamid, 41, yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang meninggal dunia akibat jangkitan kuman 6 Februari lalu.

“Arwah suami sebelum ini bekerja sebagai tukang masak. Namun selepas dia jatuh sakit dan hilang pekerjaan, saya terpaksa mencari rezeki untuk keluarga.

“Kini saya perlu mencari rezeki secara berterusan dan harus menambah pendapatan keluarga bagi menampung persekolah­an anak, perbelanja­an dapur serta sewa rumah.

“Ini saja kemahiran yang saya miliki dan buat masa ini saya tidak mampu bekerja tetap kerana perlu fokus kepada anak berusia antara enam hingga 14 tahun,” katanya ketika menerima kunjungan dan sumbangan wakil jejak asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Mohd Nasir Ishak di sini, semalam.

Noor Rashima tinggal bersama empat anaknya di Blok R, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Stulang, sini.

Pada 9 Februari lalu, Harian Metro melaporkan kisah Noor Hashima yang tidak sempat mengumpul dana bagi menampung kos perubatan arwah suaminya yang kemudian meninggal dunia.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, MAIJ akan mempertimb­angkan bantuan sara hidup untuk diberikan kepada ibu tunggal berkenaan.

“Saya berharap ibu tunggal terbabit tabah menghadapi dugaan dan pada masa sama, kami akan memberikan bantuan sewajarnya bagi meringanka­n bebannya,” katanya. Sri di

 ??  ?? MOHD Nasir menyampaik­an sumbangan kepada Noor Rashima di PPR Stulang, Johor Bahru.
MOHD Nasir menyampaik­an sumbangan kepada Noor Rashima di PPR Stulang, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia