Harian Metro

Lelaki bertarung nyawa terkena renjatan elektrik ketika curi kabel Sorok dalam tandas

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Seorang lelaki kini bertarung nyawa selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di sebuah pencawang elektrik berhampira­n sebuah stesen minyak di Chuah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian jam 12.05 tengah hari itu menyebabka­n 20 peratus badan suspek berusia 27 tahun berkenaan melecur termasuk seluruh muka.

Katanya, ketika suspek mencabut kabel berkenaan berlaku satu letupan kuat di pencawang elektrik itu menyebabka­n bekalan elektrik di Tanah Merah Site C hingga ke Bukit Palong di sini, terputus.

“Orang awam yang menyaksika­n kejadian menghubung­i polis dan sebaik tiba di lokasi dan mendapati suspek masuk ke kawasan pencawang itu dengan memotong pagar,” katanya.

Menurut Aidi Sham, saksi kejadian memberitah­u melihat suspek yang melecur dalam keadaan baju terkoyak akibat terbakar melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Bertindak atas makluman, polis membuat semakan melalui Unit Kecemasan Hospital Port Dickson dan mendapati suspek menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya lagi, suspek dipindahka­n ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban berikutan keadaannya kini kritikal.

Cubaan seorang wanita warga asing yang menyorok dalam tandas bagi mengelak dicekup angkuasa gota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah ternyata tidak berhasil selepas dia ditahan dalam satu Operasi Bersepadu, semalam.

Wanita Indonesia berusia sekitar 30-an berkenaan, sebelum itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota JIM Kedah di kawasan itu dan meluru masuk ke dalam sebuah tandas di premis perniagaan untuk menyembuny­ikan diri.

Namun taktik lapuk itu segera dikesan oleh anggota JIM yang mengarahka­nnya keluar dari tandas berkenaan.

Dalam operasi yang bermula jam 9 pagi, seramai 30 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan anggota penguat

 Wanita warga Indonesia larikan diri elak dicekup anggota penguat kuasa

JIM Kedah di premis perniagaan dan tapak perumahan itu.

Operasi itu disertai seramai 26 anggota penguat kuasa JIM Kedah yang menyerbu dua lokasi berkenaan berdasarka­n maklumat awam.

Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, dalam pemeriksaa­n itu, seramai 289 warga asing di periksa dan daripada jumlah itu, hanya 30 orang tidak memiliki sebarang dokumen.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, dua lelaki warga Myanmar, 18 lelaki Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki serta dua perempuan warga Indonesia ditahan dalam operasi yang berakhir 12 jam kemudian.

“Turut ditahan empat lelaki dan dua perempuan warga Nepal.

“Semua mereka berusia antara 22 sehingga 47 tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zuhair berkata, siasatan awal mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen (15)(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) iaitu tinggal melebihi masa di Malaysia.

Beliau berkata, kes turut disiasat Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

 ??  ?? ANTARA warga asing yang ditahan. WANITA warga Indonesia menyorok dalam tandas ketika diserbu anggota penguatkua­sa JIM Kedah.
ANTARA warga asing yang ditahan. WANITA warga Indonesia menyorok dalam tandas ketika diserbu anggota penguatkua­sa JIM Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia