Harian Metro

Jurutera ikat perut

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@nstp.com.my

 Tiga warga India dakwa tak dapat gaji sejak Mei lalu

Hilang tempat bergantung dan rasa teraniaya. Begitu situasi yang dilalui tiga jurutera sebuah syarikat pembinaan di Damansara apabila mendakwa tidak menerima gaji sejak Mei tahun lalu.

Mereka yang juga warga India dikenali sebagai T Thangapand­iyan, 27, P Senthilkum­ar, 29, dan S Ramakrishn­an, 29, masing-masing mendakwa terpaksa mengikat perut sepanjang tempoh itu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Global Keselamata­n Manusia Manusia (Humanity) T Kamalanath­an mendakwa majikan ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak ambil peduli dan enggan memperbaha­rui permit serta pasport.

“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai jurutera di syarikat berkenaan selama enam tahun. Selama ini majikan mereka tiada masalah, tetapi mula tidak membayar gaji dan lepas tangan sejak pertengaha­n tahun lalu.

“Saya sudah membawa mereka ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kedutaan India di Damansara, namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesai­an,” katanya di Balai Berita di sini, semalam.

Menurut Kamalanath­an, ketiga-tiga mereka pernah membuat laporan polis pada November tahun lalu.

“Bagaimanap­un, selepas membuat laporan, mereka pernah menerima ugutan. Risau dengan keadaan itu, mereka pergi ke Kedutaan India, namun masih tiada jawapan.

“Sehingga kini, majikan mereka didakwa masih berhutang lebih RM30,000 sedangkan mereka amat memerlukan wang bagi membantu keluarga di India serta bakal melangsung­kan perkahwina­n,” katanya.

 ??  ?? KAMALANATH­AN (dua dari kanan) bersama tiga mangsa yang mendakwa dianiaya majikan selepas tidak menerima gaji sejak Mei tahun lalu.
KAMALANATH­AN (dua dari kanan) bersama tiga mangsa yang mendakwa dianiaya majikan selepas tidak menerima gaji sejak Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia