Harian Metro

Tumbuk hidung guru kaunseling

-

Menjalinka­n hubungan cinta dengan seorang remaja perempuan dipercayai menjadi punca guru sebuah sekolah di sini, ‘ditinju’ dua lelaki termasuk bapa saudara gadis itu, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Jalan Damai 15, Taman Damai Morib di sini, mangsa berusia 38 tahun cedera di hidung akibat dibelasah lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang juga kaunselor di sekolah berkenaan bertemu remaja perempuan berusia 19 tahun ditemani bapa saudaranya berusia 37 tahun.

Katanya, ketika pertemuan itu bapa saudara gadis berkenaan berada dalam keadaan mabuk dan bersikap agresif.

“Bagaimanap­un, perbincang­an menjadi tegang apabila remaja perempuan berkenaan memarahi mangsa kerana dituduh mengganggu hidupnya. Tindakan itu dipercayai kerana mahu menyembuny­ikan hubunganny­a dengan guru berkenaan.

“Ketika mangsa ingin menghubung­i polis, bapa saudara gadis berkenaan bersama rakannya menumbuk guru itu di hidung sehingga berdarah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa saudara remaja berkenaan ditahan di Taman Delima, Banting jam 2.30 pagi kelmarin selepas mangsa membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia