Harian Metro

Food Truck mampu milik KOHIJRAH

-

Shah Alam: Golongan usahawan yang ingin mengembang­kan perniagaan kini boleh memiliki pada harga mampu milik menerusi perkhidmat­an disediakan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH).

Pengurus KOHIJRAH Selangor Mohammad Syukri Ismail berkata, kenderaan itu ditawarkan bermula pada harga RM26,500 mengikut jenis dan spesifikas­inya. Katanya, syarat dikenakan juga mudah iaitu peniaga hanya perlu menyediaka­n sijil Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata bank selama tiga bulan.

Beliau berkata, usahawan boleh memiliki kenderaan itu dengan harga jualan bermula RM26,500 hingga RM50,000 bagi unit ekonomi, manakala RM50,000 hingga RM98,000 untuk unit premium.

 ??  ?? MOHAMMAD Syukri (enam dari kiri) menyerahka­n kunci kepada lima usahawan 'food truck'.
MOHAMMAD Syukri (enam dari kiri) menyerahka­n kunci kepada lima usahawan 'food truck'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia