Harian Metro

Makin dekat makin pecut

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Banyak nahas motor berlaku sekitar 5km ke tempat kerja

Makin dekat tempat kerja, makin tinggi kemalangan. Dapatan itu hasil Kajian Kemalangan Pergi dan Balik Bekerja dibuat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kebanyakan kemalangan membabitka­n motosikal dan mengikut kajian itu, ia berlaku sekitar lima kilometer sebelum sampai tempat kerja.

Menurutnya, kemalangan itu berkait sikap seperti bangun lewat yang menyebabka­n tiada perancanga­n sempurna dan kelam-kabut, sehingga lagi dekat tempat kerja, lagi laju dipecut.

“Ini menunjukka­n masalah sikap kita yang perlu berubah, bukan sahaja orang biasa, tetapi khususnya pengguna jalan raya yang mencarum di PERKESO.

“Bukan bermakna PERKESO tak nak bayar kepada mereka, tetapi bagi saya antara berlaku kemalangan dengan bayaran yang diperoleh itu, tidak berbaloi dengan patah kaki dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan penyerahan Geran Bantuan Kewangan PERKESO kepada institusi dan badan bukan kerajaan (NGO) 2019 di sini, semalam.

 ??  ?? MAHFUZ (dua dari kanan)
ketika Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan PERKESO kepada Institusi dan Badan-badan NGO 2019
di Menara PERKESO.
MAHFUZ (dua dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan PERKESO kepada Institusi dan Badan-badan NGO 2019 di Menara PERKESO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia