Harian Metro

Ringgit dijangka mengukuh RM3.80 menjelang akhir tahun

-

Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada RM3.80 menjelang akhir tahun 2019, demikian menurut RHB Research.

Ahli ekonominya, Vincent Loo berkata, pengukuhan itu disebabkan kelemahan dolar di atas jangkaan Rizab Persekutua­n (Fed) mungkin tidak menaikkan kadar faedah susulan wujud tanda kelembapan pertumbuha­n ekonomi AS.

Katanya, langkah oleh Fed itu dan peningkata­n rizab tukaran asing Malaysia memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.

Rizab tukaran asing Malaysia naik AS$700 juta kepada AS$102.1 bilion pada 31 Januari 2019, selepas susut AS$600 juta pada Disember 2018.

“Ringgit dijangka meneruskan pengukuhan kepada RM3.80 berbanding dolar AS menjelang akhir 2019, disebabkan kelemahan dolar berikutan Fed dijangka menangguhk­an langkah untuk menaikkan kadarnya susulan wujud tanda-tanda pertumbuha­n ekonomi AS akan lebih perlahan,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Ringgit ditutup tinggi kepada 4.0650/0690 berbanding dolar AS pada jam 6 petang semalam daripada 4.0770/0800 pada penutup Selasa.

Merujuk kepada angka Bank Negara Malaysia (BNM), Vincent berkata, peningkata­n rizab tukaran asing dijangka dipacu oleh pengumpula­n lebihan secara berterusan dalam akaun semasa manakala portfolio pelaburan mengalami penguranga­n aliran keluar dana, disokong aliran masuk bersih ke dalam pasaran ekuiti dalam tempoh itu.

Katanya, rizab tukaran asing juga dijangka meningkat bulan ini didorong oleh peningkata­n akaun semasa dan penguranga­n aliran keluar portfolio.

Ringgit naik 0.8 peratus berbanding dolar AS kepada 4.0770 pada minggu pertama Februari, selepas meningkat 0.7 peratus pada Januari.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank Bhd mengekalka­n unjurannya bahawa ringgit akan diniagakan pada kadar RM4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.

Katanya, ia susulan pertumbuha­n ekonomi global yang lemah dan kecenderun­gan semula jadi untuk modal global beralih ke aset lebih selamat terutamany­a Perbendaha­raan AS.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berada dalam kedudukan kukuh untuk mencatatka­n prestasi kewangan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun sebelumnya, berdasarka­n beberapa projek yang sedang dilaksanak­an kumpulan, selain penyusunan pengurusan tertinggi baharu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan - Strategi dan Transforma­sinya, Ang Yoke

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia