Harian Metro

TUMPU PRESTASI

- Alzahrin Alias bisnes@hmetro.com.my

 Prasarana dalam kedudukan kukuh catat pendapatan lebih baik

Kee berkata, seiring dengan kepercayaa­n yang diberi Kementeria­n Kewangan, Prasarana akan menjalanka­n dan memberikan sepenuh tumpuan ke atas peningkata­n prestasi kumpulan.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai perancanga­n kumpulan, tetapi menyatakan Prasarana akan membuat pengumuman penting berkaitan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tidak lama lagi.

“Projek yang sedang dijalankan oleh Prasarana akan diteruskan dan projek baharu akan diumumkan tidak lama lagi. Kumpulan juga akan membuat satu pengumuman mengenai projek LRT3.

“Buat masa ini, Prasarana di bawah teraju kepemimpin­an baharu akan memberikan yang terbaik,” katanya selepas menyaksika­n persembaha­n tarian singa di dalam tren LRT di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain.

Ang antara pengurusan tertinggi baharu yang dilantik MOF bersama Mohamed Hazlan.

Sementara itu, sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu, Prasarana memeriahka­n sambutan perayaan itu dengan menganjurk­an tarian singa di beberapa stesen terpilih dan di dalam tren.

Majlis turut dimeriahka­n dengan rombongan 30 anak yatim dari Rumah Charis Home for the Children Kuala Lumpur.

Inisiatif ini menyuntik elemen keceriaan di stesen dan hab bas perantara Prasarana.

Ia juga antara strategi kumpulan dalam usaha meningkatk­an minat orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an awam.

 ??  ??
 ??  ?? ANG
ANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia