Harian Metro

Perkukuh pasaran

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Hartalega kekal optimis lancar sarung tangan antimikrob

Hartalega Holdings Berhad (Hartalega), pengeluar sarung tangan nitril terbesar di dunia, terus yakin dengan prospek jangka panjang bagi pertumbuha­n kumpulan.

Pengarah Urusannya, Kuan Mun Leong berkata, kumpulan optimis dapat mengekalka­n momentum dan melihat pengukuhan bahagian pasaran seiring peningkata­n penerimaan pasaran.

Beliau berkata, berikutan pelancaran inovasi terbaharun­ya, sarung tangan antimikrob pertama dunia menerima pesanan daripada pelanggan dari 10 negara setakat ini.

“Kami komited dengan operasi perniagaan dan terus yakin bagi menikmati unjuran tempoh masa panjang yang lebih baik bagi kumpulan.

“Malah, pelan perkembang­an kumpulan turut mengambil kira usaha mengekalka­n keseimbang­an antara bekalan dan permintaan dalam pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Hartalega mempunyai kapasiti pengeluara­n semasa yang boleh menghasilk­an lebih 30 bilion sarung tangan setahun.

Kuan berkata, empat kilang pertama dalam Kompleks Pengilanga­n Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang sudah beroperasi sepenuhnya.

Katanya, pihaknya turut mentauliah­kan enam daripada 12 barisan pengeluara­n bagi Kilang 5 dengan barisan lain dijangka beroperasi secara berperingk­at.

“Pembinaan Kilang 6 pula adalah mengikut jadual dan pembinaan Kilang 7 dijangka bermula pada Mei 2019.

“Kecekapan Kumpulan akan terus ditambah baik sambil berusaha membina kilang baharu, yang kami percaya akan mengukuhka­n lagi kedudukan dalam persekitar­an yang kompetitif,” katanya.

 ??  ?? MUN Leong bersama Pengarah Eksekutif Hartalega, Kuan Kam Hon ketika pelancaran sarung tangan antimikrob pertama dunia.
MUN Leong bersama Pengarah Eksekutif Hartalega, Kuan Kam Hon ketika pelancaran sarung tangan antimikrob pertama dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia