Harian Metro

Harap capai penyelesai­an menang-menang

-

Lumpur: Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) berharap Malaysia dan China dapat mencapai persefaham­an berhubung projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek lain yang relevan untuk meminimumk­an kerugian atau mencapai penyelesai­an ‘menang-menang’.

Katanya, ini akan mewujudkan suasana pelaburan dan ekonomi yang mesra kepada semua pelabur asing termasuk dari China.

“Langkah itu dijangka dapat menjadi model berjaya bagi China untuk berunding dengan negara lain di sepanjang inisiatif Jalur dan Jalan,” kata MCCC dalam kenyataan, semalam.

Dewan itu menggesa individu dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan masa dan ruang yang mencukupi kepada kedua-dua kerajaan dalam mengendali­kan isu menyelubun­gi ECRL dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa relevan untuk menjalanka­n rundingan.

Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) terus memacu strategi wilayah dalam agenda pembanguna­n ekonomi bagi menangani ketidaksei­mbangan pembanguna­n wilayah dan pada masa sama mengubah Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

NCIA dalam kenyataan berkata, sehingga kini, 10 inisiatif dilaksanak­an, termasuk tumpuan yang lebih besar dalam melaksanak­an projek berimpak tinggi meningkatk­an tadbir urus dan integriti kerajaan, meningkatk­an proses perniagaan, mengoptimu­mkan kos dan sumber sembil menyepaduk­an operasi.

“Dalam melaksanak­annya, kami bekerja seiring dengan kementeria­n, agensi, pihak berkepenti­ngan dan entiti swasta yang lain untuk mempercepa­tkan pembanguna­n sosioekono­mi di wilayah ini,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

NCIA berkata, ia menyusun semula struktur tadbir urusnya menerusi pembentuka­n Jawatankua­sa Pemandu Negeri (JPN) yang dipengerus­ikan Ketua Menteri dan Menteri Besar bagi membincang dan merancang pelaksanaa­n dasar dan inisiatif yang diluluskan Majlis NCIA selain memastikan penyampaia­n projek yang dirancang dilaksanak­an secara berkesan.

“Kemajuan projek di NCER berjalan seperti yang dirancang dan NCIA melaksanak­an pelbagai usaha bersama untuk memastikan keberkesan­annya,” katanya.

Di Perlis, projek menaik taraf Terminal Kereta Api Padang Besar sedang berjalan bagi menambah baik kecekapan perkhidmat­an dan jumlah pengendali­an kontena yang lebih tinggi oleh KTM Bhd yang akan meningkatk­an kapasiti pengendali­an daripada 110,000 hingga 150,000 unit bersamaan 20 kaki (TEUs) setahun, selain meningkatk­an kapasiti kawasan daripada 2,804 hingga 3,124 TEUs.

Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam adalah taman perindustr­ian baharu yang memberi tumpuan kepada kelompok sains dan teknologi serta penubuhan pusat penyelidik­an global.

 ??  ?? PESERTA Yayasan Kemajuan Sosial, Norosyidah Halimi ,44 (kiri) dan anaknya Khairun Nisa Khairuddin 18, menanam semaian cili di Tapak Latihan Komuniti Agropreneu­r Bagan Datuk.
PESERTA Yayasan Kemajuan Sosial, Norosyidah Halimi ,44 (kiri) dan anaknya Khairun Nisa Khairuddin 18, menanam semaian cili di Tapak Latihan Komuniti Agropreneu­r Bagan Datuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia