Harian Metro

Petron lancar kedai rasmi atas talian pertama melalui Shopee

-

Petron dalam meningkatk­an pengalaman pelanggan menerusi akses yang lebih luas dan mudah kepada produknya.

“Pelanggan Petron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar iaitu hanya semak, klik atas talian untuk membeli minyak enjin Petron dan mendapat penghantar­an produk terus kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Selain itu, minyak enjin berkenaan juga boleh didapati di kedai serbaneka yang terdapat di stesen minyak Petron dan bengkel kenderaan yang sah.

Menurutnya, pembelian atas talian semakin berkembang dalam kalangan pengguna.

“Kini, mereka boleh meyakini keaslian minyak enjin Petron yang terdapat di kedai rasmi Petron di Shopee kerana produk dihantar daripada pengedar kami yang sah.

Sementara itu, sempena kempen Tahun Baharu Cina Petron dan kempen Shopee Khas Untuk Lelaki yang akan datang, Petron Malaysia menawarkan barangan premium untuk sebarang pembelian Petron Blaze Racing Engine Oil.

Bagi setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing 4L juga dilengkapi hadiah istimewa.

Pelanggan yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium MultiGrade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma.

Promosi ini sah sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia