Harian Metro

Pengantin jatuh terusan, pelamin terapung runtuh

-

Jakarta: Impian satu pasangan pengantin untuk bersanding di atas pelamin terapung pada hari bahagia mereka bertukar tragedi apabila pelamin berkenaan runtuh menyebabka­n pasangan itu dan beberapa tetamu jatuh di dalam terusan yang kotor.

Tribunnews melaporkan, pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Hartini dan Alan melangsung­kan perkahwina­n mereka di Gang Jambu, Kapuk, Cengkareng di Jakarta Barat pada 10 Februari lalu.

Bagi mencari kelainan pada majlis berkenaan pasangan itu menempah satu pelamin terapung yang dibina di atas sebuah terusan.

Bagaimanap­un, ketika pasangan berkenaan berjalan menuju ke pelamin itu untuk bersanding, sebahagian daripada binaan berkenaan runtuh menyebabka­n pengantin dan beberapa tetamu jatuh ke dalam terusan itu.

Satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukka­n beberapa tetamu yang terjatuh berpaut pada karpet merah yang menutup pelamin terapung berkenaan yang runtuh.

Beberapa tetamu termasuk pasangan pengantin itu pula terjatuh di dalam terusan yang kotor akibat bercampur dengan sisa kumbahan.

Rakaman video itu menunjukka­n beberapa tetamu membantu pasangan berkenaan naik ke atas bahagian pelamin yang masih utuh.

Jelas kelihatan pakaian berwarna putih yang dipakai pasangan berkenaan bertukar menjadi hitam akibat terkena air terusan yang kotor.

Namun, tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu dan pasangan itu dilaporkan meneruskan majlis perkahwina­n mereka selepas membersihk­an diri serta pelamin itu dibaiki. - Agensi

 ??  ?? BEBERAPA tetamu berpaut pada karpet merah yang menutup pelamin terapung itu selepas ia runtuh ke dalam terusan. - Agensi
BEBERAPA tetamu berpaut pada karpet merah yang menutup pelamin terapung itu selepas ia runtuh ke dalam terusan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia