Harian Metro

Hamba jiran dari neraka

-

London: Seorang wanita dan anak perempuann­ya yang kurang upaya mental diselamatk­an polis selepas dikurung dan dijadikan hamba selama tiga minggu oleh jiran mereka, warga emas berkerusi roda yang disifatkan bersifat sadis.

Kate Dagley, 46, dan Karen Jenkins, 27, yang masing-masing mempunyai masalah pembelajar­an, ditemui dalam keadaan kurus kering dan lebam selepas dipaksa menjadi hamba wanita itu, Jean Kelly, 54, di Coventry antara Januari hingga Februari 2016.

Mereka menawarkan bantuan untuk Kelly kerana simpati wanita itu berkerusi roda. Sebaliknya, mereka dikurung keluarga Kelly yang memukul dan mengebulur­kan mereka serta memaksa mereka melakukan kerja rumah.

Mereka cuma ‘dibayar’ dengan sebatang rokok selain diberi sisa makanan. Kelly juga sering memukul mereka menggunaka­n kayu besbol yang diberi nama ‘Bob.’

Sepanjang tiga minggu, dua beranak itu dipisahkan dan dikurung di dua rumah berbeza.

Mereka akhirnya diselamatk­an polis selepas jiran lain terdengar Kate menangis meminta tolong.

Dua beranak itu dimasukkan ke hospital dengan pelbagai kecederaan termasuk retak tulang dan lebam di seluruh badan. Doktor juga bimbang mereka tidak lagi dapat makan kerana terlalu kebuluran.

Kelly, suaminya Michael dan teman lelaki anaknya, Ian Healy, 29, dipenjara 14 tahun kerana bersubahat mengurung mangsa, mencederak­an dua beranak itu serta memaksa mereka melakukan kerja berat.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Anthony Potter berkata, penderaan mangsa terlalu kejam.

“Mengejutka­n apabila ada orang yang sanggup berbuat begini di Great Britain pada zaman ini,” katanya. Agensi

 ??  ?? KELLY bersama suaminya, Michael ketika tiba di mahkamah. - Daily Mail
KELLY bersama suaminya, Michael ketika tiba di mahkamah. - Daily Mail
 ??  ?? KATE (kiri) dan Karen mengalami pelbagai kecederaan selepas dijadikan hamba tiga minggu. - Daily Mail
KATE (kiri) dan Karen mengalami pelbagai kecederaan selepas dijadikan hamba tiga minggu. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia