Harian Metro

JEE

-

DARI MUKA 42

“Saya memang sudah ada lagu baru, cuma masih belum memulakan proses selanjutny­a kerana syarikat yang menjalin kerjasama dengan saya sangat sibuk, jadi rakaman terpaksa ditunda seketika.

“Sepatutnya yang ada dalam tangan saya memang lagu balada tetapi segala keputusan mengenainy­a ditentukan syarikat rakaman.

“Pada masa sama, saya bercadang mengeluark­an lagu berentak rancak kerana rindukan kehangatan dan perasaan lagu rancak. Cuma untuk lagu genre sebegitu, saya perlu mempersiap­kan diri dari sudut fizikal.

“Selain itu, saya juga sibuk menguruska­n rombakan terhadap studio milik saya iaitu Dia Studio. Insya-Allah dalam masa terdekat akan ada pembaharua­n antaranya kelas tarian dan studio muzik,” katanya.

Melihat ramai penyanyi senior kembali mewarnai industri muzik dengan mengadakan konsert atau ‘showcase’, Jee turut menyimpan impian sama.

“Sebenarnya ada seorang rakan dalam industri muzik bertanya kepada saya mengenai perkara sama. Saya cuma jawab, nanti perkara ini akan dibawa berbincang.

“Insya-Allah jika tiada aral dan rezeki berpihak kepada saya, mana tahu tahun ini saya betulbetul dapat laksanakan persembaha­n. Namun, saya ada perasaan segan dan takut-takut untuk menjayakan persembaha­n besar.

“Bukan apa, perasaan itu tetap ada kepada sesiapa. Namun, perasaan saya lebih ke arah keinginan untuk memberi semula kepada yang menyokong saya selama ini iaitu peminat,” katanya ketika ditemui di sesi temu bual program baru berjudul Mikrofon Impian, baru-baru ini.

Menerusi program terbabit, Jee berperanan sebagai juri tetap.

“Saya baru selesai menjalani penggambar­an untuk program terbaru terbitan Astro Ria berjudul Mikrofon Impian.

“Dalam program itu saya berperanan selaku juri tetap di samping penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat.

“Program ini diadaptasi daripada sebuah program dari Thailand, Mic On Debt Off. Mikrofon Impian masih mengekalka­n format asal iaitu untuk membantu peserta yang menghadapi masalah kewangan untuk melunaskan bebanan hutang,” katanya.

Menurut wanita berusia 49 tahun ini, dia menerima tawaran terbabit kerana objektif program itu amat menyentuh hatinya.

“Sepanjang mengendali­kan program itu, banyak yang saya belajar terutamany­a mengenal diri sendiri.

“Kisah siapa dan apa status kita, semuanya mengenai kehidupan. Semua orang ada cabaran dan kesusahan yang perlu dihadapi dalam hidup. Tidak dinafikan mungkin akan ada orang kecam format program itu tetapi lihatlah dari sudut yang jauh lebih luas.

“Ia bukan untuk membuka aib mana-mana peserta yang menghadapi kesukaran dalam hidup tetapi jika dinilai dari luar kotak, ada banyak kesan

Saya bercadang mengeluark­an lagu berentak rancak kerana rindukan kehangatan dan perasaan lagu rancak

dan pengajaran yang dapat dipelajari,” katanya.

Mikrofon impian bakal menemui penonton bermula 17 Februari ini setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Sementara itu, ditanya mengenai kisah peribadi, penyanyi lagu Teratai Di Tasik Madu itu belum menemui teman pengganti.

“Hidup saya sekarang baik-baik, bahagia dan terisi dengan banyak kasih sayang daripada keluarga, anak-anak dan rakan-rakan.

“Jika ditanya mengenai pasangan hidup, saya tidak mencari dan serahkan semuanya kepada ketentuan Tuhan. Masih banyak perkara lain boleh difikirkan selain soal itu (jodoh). Kalau diri sendiri pun tidak terurus, buat apa saya mahu bebankan orang lain pula. Jadi, lebih baik saya uruskan diri sendiri dan saya bahagia dengan apa yang saya ada sekarang,” katanya.

- Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia