Harian Metro

Mana Norman kesayangan Kylie?

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Netizen persoal

selepas bintang realiti itu muat naik gambar anjing baru dalam

Instagram

Kalau sudah namanya selebriti, tempias populariti bukan saja akan terkena kepada diri sendiri, tetapi apa saja yang berada di sekeliling mereka termasukla­h haiwan peliharaan.

Terbaru, netizen bertanya kepada bintang realiti

TV, Kylie Jenner mengenai anjing kesayangan­nya, Norman yang sebelum ini pernah memiliki akaun Instagram khas.

Persoalan itu timbul selepas Kylie memuat naik gambarnya bersama anjing baru bernama Wesley, Isnin lalu.

Kylie bagaimanap­un membalas soalan itu dengan jawapan ringkas.

“Apa yang membuatkan kalian terfikir bahawa ada sesuatu berlaku kepada Norman?” soalnya kembali kepada netizen.

Menambah komennya, bintang Keeping Up

With the Kardashian­s itu juga menegaskan bahawa Norman masih lagi menjadi antara bahagian penting dalam kehidupann­ya.

“Saya tidak memuat naik gambar anjing-anjing peliharaan saya terlalu kerap, tapi tak bermakna mereka tidak penting dalam hidup saya,” katanya.

Akaun Instagram untuk Norman pada 2016 dan foto terakhir yang dimuat naik ke laman Instagram itu adalah pada Disember 2017.

Peminatnya juga tidak boleh terlalu menyalahka­n Kylie sekiranya dia tidak menang tangan untuk berkongsi foto bersama Norman memandangk­an dia kini menjaga puteri kesayangan­nya, Stormi.

Sebagai ibu, dia kini lebih banyak meluangkan masa untuk merakamkan saatsaat indah bersama anak dan berkongsi mengenai perkembang­an anaknya itu.

 ??  ?? Saya tidak memuat naik gambar anjinganji­ng peliharaan saya terlalu kerap, tapi tak bermakna mereka tidak penting dalam
hidup saya
Saya tidak memuat naik gambar anjinganji­ng peliharaan saya terlalu kerap, tapi tak bermakna mereka tidak penting dalam hidup saya
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia