Harian Metro

Jam pantau aktiviti harian

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Samsung Galaxy Smart Watch 46mm banyak

fungsi, bateri tahan lebih tiga hari

Jika anda seorang yang gemar mengikut jadual harian, pasti anda mahu menjejaki semula setiap aktiviti yang dilakukan seharian, memantau berapa ribu langkah berjalan sudah dibuat dan pada masa sama, tidak mengabaika­n gaya profesiona­l.

Bagi setiap persoalan itu, Samsung Galaxy Smart Watch 46mm adalah jawapannya keranaiabu­kansaja mampu menjadi diari, sebaliknya memantau aspek kesihatan pemakainya.

Jam pintar keluaran Samsung ini memiliki sistem operasi Android dan mempunyai dua varian iaitu Galaxy

Smart Watch 46mm dan 42mm, namun yang membezakan adalah saiz jam berkenaan.

Penulis secara keseluruha­n berpuas hati dengan prestasi jam pintar berkenaan kerana ia bukan saja mempunyai banyak fungsi, malah bateri jam ini tahan untuk tempoh lebih tiga hari sebelum memerlukan pengguna mengecas semula.

Rekaanfizi­kaljam ini juga sesuai dengan rekaan moden hari ini dan Samsung berjaya menghasilk­an sebuah peranti jam pintar yang bukan saja sarat dengan pelbagai fungsi, sebaliknya mempunyai reka bentuk menarik.

Secara asasnya, pemuka jam pintar ini menggunaka­n skrin bulat 1.2 inci SAMOLED dengan kekuatan resolusi 360 x 360 piksel.

Binaan jam pintar ini menggunaka­n Gorilla Glass DX+ digunakan bagi memastikan jam tanganmamp­umenahan hentakan dengan gaya hidup pemakai yang mungkin lasak.

Peranti ini menggunaka­n pemproses Dwi-Teras Exynos 9110 pada tahap kelajuan 1.15GHz sesuai dengan pelbagai aplikasi di dalam jam pintar berkenaan.

Memori jam pintar keluaran Samsung ini juga adalah 786 Megabait (MB) dan storan pada keduadua model adalah sama iaitu 4GB.

Perbezaan bagi keduadua varian adalah untuk model kapasiti bateri bagi model 42mm adalah 270 mAh manakala untuk model 46mm bateri sebesar 472 mAh sesuai dengan spesifikas­i jam berkenaan.

Sistem pengecas jam pintar ini juga canggih kerana ia tidak menggunaka­n wayar.

Sebaliknya pemakai hanya meletakkan­nya di tapak pengecas Samsung Wireless Charger Duo dan jam berkenaan akan mengecas semula baterinya.

Selain itu, apa yang menarik perhatian penulis adalah Samsung meletakkan pelbagai rekaan antara muka daripada berbentuk jam analog sehinggala­h umpama jam angkasa lepas dan ia boleh diubah suai mengikut keselesaan pemakai.

Paparan antara muka itu juga boleh diubah suai untuk melihat kapasiti bateri yang tinggi, jumlah langkah sehari, suhu semasa dan pelbagai lagi.

Jam ini juga mempunyai dua butang di sisi kanan yang berfungsi sebagai kembali dan menu utama manakala sistem navigasiny­a adalah berpanduka­n gegelung putaran di bahagian pemuka jam berkenaan.

Peranti ini antara yang terbaik pernah dipakai oleh penulis kerana memiliki pelbagai fungsi termasuk rekaan pemuka yang cantik.

Bagaimanap­un, penulis kurang selesa dengan tali jam berkenaan dan mungkin tidak sesuai bagi individu yang memiliki pergelanga­n tangan yang besar.

Walaupun ia hanya kekecewaan kecil bagi peranti hebat itu, ia tidak mengurangk­an fungsi dan ternyata Samsung memberikan yang terbaik untuk produk jam pintar mereka.

 ??  ?? SAMSUNG Galaxy Smart Watch mampu digayakan dalam sebarang keadaan.
SAMSUNG Galaxy Smart Watch mampu digayakan dalam sebarang keadaan.
 ??  ?? REKAAN jam pintar keluaran Samsung
lebih elegan.
REKAAN jam pintar keluaran Samsung lebih elegan.
 ??  ?? GAYA profesiona­l yang ditonjolka­n dalam aspek binaan serta kualiti jam.
GAYA profesiona­l yang ditonjolka­n dalam aspek binaan serta kualiti jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia