Harian Metro

Perkemas aspek keselamata­n

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Kemas kini terbaharu WhatsApp bertujuan kurangkan risiko penggodama­n

Aplikasi pesanan paling popular, WhatsApp sudah melancarka­n kemas kini terbaharu dengan meningkatk­an aspek keselamata­n pengguna, sekali gus mengurangk­an risiko untuk digodam.

Kemas kini terbaharu itu merangkumi sistem keselamata­n dua hala untuk aplikasi berkenaan dan memberikan tahap keselamata­n paling optimum.

Bagi pemilik platform Apple yang menggunaka­n sistem operasi IOS, mereka boleh menggunaka­n keselamata­n pengecaman biometrik wajah atau FaceID dan TouchID yang sudah terbina dalam peranti mereka.

Berdasarka­n sebaran maklumat yang dikeluarka­n oleh WhatsApp menyatakan kemas kini itu masih di peringkat percubaan dan akan melaksanak­an versi penuh tidak lama lagi.

Pelancaran kemas kini baru yang memberi fokus kepada aspek keselamata­n bertujuan mengurangk­an risiko penggodama­n dalam kalangan pelanggan sistem pesanan itu.

Sistem pesanan itu memiliki pelanggan paling ramai serta menjadi pilihan pengguna masa kini memandangk­an ia mudah dan memiliki pelbagai sistem nilai tambah.

Ia juga memberikan satu langkah yang serius bahawa pemilik sistem pesanan itu menitikber­atkan aspek keselamata­n data penggunany­a.

 ??  ?? SISTEM pesanan paling popular, WhatsApp lancar kemas kini terbaru
merangkumi aspek keselamata­n.
SISTEM pesanan paling popular, WhatsApp lancar kemas kini terbaru merangkumi aspek keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia