Harian Metro

Apple baiki kelemahan FaceTime

-

Januari lalu, aplikasi suara dan video di FaceTime dilaporkan mempunyai masalah yang agak serius berikutan gangguan pepijat.

Gangguan pepijat itu juga membolehka­n pemanggil mendengar bunyi penerima panggilan menerusi aplikasi berkenaan walaupun penerima belum menekan butang menerima panggilan.

Keadaan itu mencetuska­n keresahan pengguna peranti berkenaan kerana ia membabitka­n isu gangguan peribadi dan untuk langkah awal, Apple menyekat aplikasi berkenaan.

Masalah itu kemudian diatasi selepas Apple melancarka­n kemas kini terbaru, sekali gus memperbaik­i pepijat dalam aplikasi FaceTime miliknya.

Pengguna yang memiliki peranti daripada sistem operasi iOS boleh mengemas kini perisian mereka, sekali gus membolehka­n aplikasi FaceTime digunakan seperti sebelum ini.

Apple menyifatka­n gangguan pepijat dalam aplikasi panggilan mereka adalah serius dan berjanji untuk lebih peka berhubung masalah yang dihadapi penggunany­a pada masa depan.

 ??  ?? APPLE lancar kemas kini iOS terbaru untuk memperbaik­i aplikasi FaceTime miliknya yang diganggu pepijat.
APPLE lancar kemas kini iOS terbaru untuk memperbaik­i aplikasi FaceTime miliknya yang diganggu pepijat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia