Harian Metro

Ajak celik kesihatan

- Siti Zarinah Sahib

manis ini mula dikenali selepas dua video pertamanya iaitu

Krim Timbang Kilo dan Kelahiran

Tidak Selamat tular di media sosial dan aplikasi whatsApp. Berikutan video ini Siti Hawa Mohd Nor, 28, dikecam teruk sesetengah pihak yang menganggap dia menjejaska­n periuk nasi mereka yang berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan inti pati video mahupun gaya penyampaia­n dan meninggalk­an komen tidak enak dibaca.

Namun wanita kelahiran Gombak, Selangor ini langsung tidak ‘termakan’ kritikan netizen kerana berasakan apa juga dilakukan pasti ada maklum balas positif dan negatif. Jika diikutkan kata semua, pasti tidak akan ke mana.

“Tidak mungkin saya dapat memuaskan hati semua pihak. Saya mengambil setiap kritikan membina untuk memperbaik­i kelemahan dan tidak mengendahk­an kritikan tak berasas yang langsung tidak membantu perkembang­an diri,” katanya.

Siti Hawa yang bertugas sebagai ahli farmasi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang menjelaska­n, kebanyakan kupasan isu yang diutarakan adalah mengenai kesihatan yang diragui kesahihann­ya. Dia percaya masih ramai anggota masyarakat yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan untuk menilai sama ada paparan berita ini benar atau sebaliknya.

“Jadi dengan video yang tular ini saya berharap dapat menghentik­an berita yang tidak tepat. Selain itu, saya juga terpanggil untuk meningkatk­an kesedaran orang awam mengenai penggunaan ubat yang betul dan tepat, produk kesihatan dan kecantikan mengandung­i bahan terlarang supaya mereka cakna dan tidak mudah terpedaya dengan janji palsu penjual produk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia