Harian Metro

‘Terimalah nasihat kami’

- TAKUT JARUM DAN DARAH JADI MODEL MUSLIMAH

Melalui videonya, Siti Hawa harap kepercayaa­n

terhadap ahli farmasi dikembalik­an

Bekas penuntut Universiti Curtin, Australia Barat dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi ini menjelaska­n, ketika zaman belajar dia memang sudah terbabit dengan penggambar­an video pendek hasil karya Mat Luthfi, seorang selebriti YouTube terkenal yang juga sahabatnya di universiti.

“Dia mengasaska­n ML

Studio iaitu platform media sosial terkenal yang sering menerbitka­n video pendek berilmiah. Apabila Mat Luthfi memulakan syarikat produksi ML Studio, saya berasakan ini adalah peluang untuk berkongsi ilmu kesihatan.

“Sepanjang bekerja sebagai ahli farmasi di hospital, banyak kes yang saya temui seperti sakit kulit yang berpunca daripada penggunaan kosmetik berbahaya, kes kegagalan buah pinggang akibat mengambil suplemen mengandung­i bahan terlarang. Ada juga pesakit yang enggan meneruskan rawatan di hospital kerana lebih percaya kepada rawatan tradisiona­l dan makanan tambahan yang menjanjika­n bulan dan bintang,” katanya.

Apa yang membimbang­kan adalah kurangnya kepercayaa­n orang awam dan pesakit terhadap ahli farmasi kerana ia boleh membawa kepada ketidakber­kesanan rawatan lantaran pesakit ragu-ragu dengan nasihat ahli farmasi.

Jadi, pembabitan Siti Hawa dalam video pendidikan ini diharap dapat mengembali­kan kepercayaa­n orang awam dengan kerjaya kesihatan ini. Semoga video ini menjadikan rakyat Malaysia lebih celik dan tidak mudah percaya dengan mitos kesihatan serta bijak menjaga kesihatan.

Menceritak­an bagaimana berminat bergelar ahli farmasi, ujar anak kelima daripada enam beradik ini, dia sebenarnya tidak pernah terlintas untuk bertugas dalam bidang ini.

“Saya mula didedahkan dengan jurusan farmasi selepas peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seperti kebanyakan ibu bapa lain, orang tua saya berharap agar saya mengambil jurusan perubatan memandangk­an keputusan peperiksaa­n SPM yang memberangs­angkan.

“Tetapi mengenangk­an takut kepada jarum dan darah, saya memilih bidang farmasi yang tidak membabitka­n dua perkara ini. Minat dalam mata pelajaran sains terutamany­a Kimia membuatkan saya yakin untuk menyambung pengajian dalam jurusan ini,” katanya.

Selepas menjalani latihan siswazah selama setahun di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan, Siti Hawa berkhidmat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang sehingga sekarang.

“Saya berkhidmat dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia selama tiga tahun. Pemilihan kerjaya ini juga disebabkan ia cabang dalam bidang kesihatan yang kurang dikenali masyarakat. Orang awam lebih terdedah kepada kerjaya doktor perubatan, jururawat atau doktor pergigian. Sedangkan ahli farmasi bertanggun­gjawab memastikan ubat-ubatan diterima pesakit adalah selamat mengikut peraturan 5B iaitu pesakit, ubat, dos, masa pengambila­n dan cara pengambila­n,” katanya yang pernah diherdik pesakit lantaran mengambil masa lama menyediaka­n ubat mereka.

Ada juga menganggap, ahli farmasi seperti kedai runcit, iaitu perlu menyediaka­n semua ubat yang diminta. Sebenarnya ahli farmasi bertanggun­gjawab menyaring dan memastikan semua ubat diterima pesakit adalah betul dan selamat.

Menyifatka­n dirinya seorang yang manja, jelas

Siti Hawa, sejak kecil dia banyak diinspiras­i oleh ayahnya. Melihat ayah yang bekerja bersungguh-sungguh membuatkan wanita ini ingin memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan. Bidang kesihatan bukanlah satu kerjaya glamor tetapi membabitka­n nyawa dan kesihatan pesakit.

“Melihat pengamal perubatan dan ahli kesihatan yang bergiat aktif di media sosial, saya mengagumi usaha Dr Amalina Che Bakri, Dr Rafidah, Dr Imelda Balchin, Dziehan Mustapha dan ahli Medical Mythbuster serta ahli MedTweetMy yang tidak jemu mendidik orang awam mengenai isu kesihatan,” katanya.

Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang agak konservati­f berkata, sejak kecil banyak pantang larang yang perlu dipatuhi. Setiap tingkah laku dan perangai kurang manis akan ditegur tidak kira sama ada adab atau cara berpakaian.

“Mereka sering menekankan kejayaan dalam pelajaran perlu seiring dengan sahsiah diri. Ibu bapa saya adalah tulang belakang yang tidak pernah putus memberikan nasihat, kritikan dan kata menonton video saya kerana di rumah tidak banyak bercakap. Saya hanya bercakap perkara yang penting dan banyak berbual dengan rakan terdekat. Di hadapan orang yang tidak rapat, saya lebih suka mendengar dan tersenyum saja,” luahnya.

Bergelar ahli farmasi sepenuh masa dan mempunyai pengikut yang ramai mencecah 223,000 di Instagram, jelas Siti Hawa, dia gembira dengan apa yang dilakukan sekarang.

“Walaupun ramai mengenali lantaran kerap muncul di media sosial dan video tular tetapi kehidupan saya sama seperti orang lain. Ada juga pesakit yang mengenali saya dan meminta bergambar bersama, tidak kurang juga staf kesihatan yang lain. Seandainya tidak sibuk dengan tugas, saya akan meluangkan masa berbual menghargai pengikut yang tidak putus memberi sokongan.

“Saya juga sering mengadakan sesi ‘Ask Me’ di Instagram bagi menjawab persoalan secara umum. Seandainya penonton mempunyai masalah kesihatan, saya akan terus mencadangk­an untuk berjumpa doktor bagi mendapatka­n diagnosis dan rawatan yang tepat. Saya sangat menghargai pengikut yang saya anggap sebagai sahabat maya,” katanya.

Memiliki wajah menawan dengan tubuh tinggi lampai,

Siti Hawa turut menerima tawaran sebagai wajah pakaian Muslimah. Namun memandangk­an kekangan masa, dia tidak dapat menerima tawaran ini.

“Mungkin saya dilihat seperti model kerana memperaga pakaian daripada pelbagai butik. Hakikatnya, saya membantu mempromosi­kan jenama pakaian mereka di media sosial saya sahaja. Saya kurang keyakinan diri untuk menjadi model memandangk­an saya kaku dan tidak pandai bergaya,” katanya ketawa.

Katanya lagi, dia bukanlah orang yang mengikuti peredaran fesyen semasa. Apa yang penting adalah kekemasan dan keselesaan untuk menjalanka­n tugas harian.

“Asalkan bersih dan cantik pada pandangan mata orang lain, itu sudah memadai. Sebagai wanita, kita memang tidak boleh lari daripada ingin kelihatan cantik malah saya juga suka belajar mengenai kecantikan kulit. Sebab itu saya sangat menjaga kulit dan tidak meninggalk­an krim pelindung matahari.

Saya juga memastikan wajah dicuci bersih sebelum tidur. Pastikan kulit sentiasa lembap dan minum air mencukupi,” katanya mengakhiri perbualan.

 ??  ?? BERTUGAS di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
BERTUGAS di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
 ??  ?? MEMPROMOSI­KAN pakaian Muslimah
di media sosial.
MEMPROMOSI­KAN pakaian Muslimah di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia