Harian Metro

Olah ikut cita rasa anak Nany

- DARI MUKA 56

Oleh kerana Nasrin Hannah di hantar ke sekolah Tokyo Iqra’ Internatio­nal School, semua pelajar diwajibkan membawa bekalan dari rumah.

“Ketika mula menyediaka­n bento untuk Nasrin, dia sangat teruja disebabkan bercampur dengan pelajar daripada pelbagai bangsa dan berlainan budaya. Sudah tentu, mereka sangat seronok apabila dapat bertukar-tukar makanan antara satu sama lain. Kadang-kadang, sebelum masuk tidur, anak saya akan bertanya menu bento untuk esok,” katanya.

Menurut Nany, oleh kerana dia belum mahir mengenai hiasan, jenis acuan dan bentuk yang dihasilkan menjadi cabaran terbesar. Namun kemudahan teknologi sangat membantu untuk mendapatka­n maklumat mengenai bento yang menyihatka­n dan perlu disediakan setiap hari.

“Jika tiada idea saya merujuk di Internet iaitu di Instagram menggunaka­n tanda pagar seperti #bekalanak, #bekalsihat, #cutebento dan #bentoforki­ds. Selepas itu, saya cuba mengolah sendiri mengikut kesesuaian dan cita rasa anak. Antara bento yang pernah saya hasilkan adalah nasi goreng mentega, sandwic telur dan tuna, bihun goreng, mi goreng, gulungan tortilla ayam, nasi lemak, jemput-jemput pisang, kek pisang, sushi, nuget, kebab ayam, roti piza dan mufin.

“Menu ini saya ulang dan membuat hiasan berbeza bagi memberikan rasa teruja kepada si kecil. Setakat ini mereka sangat gembira dapat membawa bekal dari rumah dan makan bersama rakan,” katanya.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, agak mencabar untuk menyediaka­n sajian bento yang sentiasa dalam kategori menu sihat. Ini disebabkan kekangan masa dan perancanga­n yang teliti perlu dilakukan supaya semua bahan dapat disediakan sebelum memasak esok paginya.

Dalam usaha memberikan khasiat secukupnya kepada anak, Nany akan cuba memastikan bekalan yang disediakan mengandung­i semua zat makanan termasuk

Penyediaan bento juga jalan terbaik kurangkan

bajet ibu bapa

karbohidra­t, protein dan kalsium.

“Sebagai contoh gulungan tortilla ayam, kepingan tortilla itu sendiri berasaskan sumber karbohidra­t. Untuk intinya pula saya cuba memasukkan kepingan dada ayam yang digoreng atau dipanggang. Untuk vitamin saya selitkan daun salad, hirisan tomato dan timun manakala sumber kalsium menerusi susu kotak perisa asli sebagai pelengkap hidangan,” katanya.

Walaupun menyedari anak tidak menggemari sayur-sayuran, Nany tetap memasukkan sayuran hijau dalam bento mereka tetapi memilih sayur yang tidak pahit seperti timun, lobak merah, brokoli dan bunga kubis. Jika tiada unsur sayur-sayuran Nany akan menggunaka­n buah-buahan sebagai gantinya seperti anggur, epal, kiwi, pisang dan nangka.

“Untuk hidangan nasi goreng atau bihun goreng, saya sering meletakkan lobak merah dan kubis kerana rasanya sedap. Begitu juga jika menyediaka­n sandwic, saya akan memastikan ada hirisan tomato, timun dan daun salad di dalamnya,” jelasnya.

Nany yang menjadi suri rumah sepenuh masa menjelaska­n, banyak kebaikan diperoleh apabila menyediaka­n bekalan untuk anak. Antaranya membantu dalam penjimatan kos sara hidup di Jepun.

“Di Jepun kos sara hidup sangat tinggi. Tanpa bekal ini, ibu bapa terpaksa mengeluark­an perbelanja­an yang besar untuk makanan anak di sekolah. Bento adalah jalan terbaik untuk mengurangk­an bajet ibu bapa,” katanya.

Sekembalin­ya ke Malaysia, amalan itu diteruskan walaupun membawa bekal tidak menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah di sini terutama apabila usia meningkat. Ini kerana selain menjimatka­n, dia menyediaka­n menu sihat dan mampu membantu otak lebih cergas.

“Sebagai ibu sudah semestinya kita ingin memberikan yang terbaik kepada anak. Antara cara terbaik untuk memastikan makanan anak terjamin kebersihan dan kaya khasiat adalah dengan membawa bekal dari rumah.

“Malah anak yang baru memasuki persekolah­an tidak perlu beratur panjang dan berebut untuk mendapatka­n makanan dan minuman di kantin pada waktu rehat. Jadi pada waktu rehat yang pendek, mereka boleh makan dengan tenang dan mengatur waktu belajar. Anak juga akan lebih ceria. Saya juga membekalka­n air masak bagi menggalakk­an mereka banyak minum supaya dapat mengekalka­n kecergasan mental dan fizikal,” tambahnya.-Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? NANY menunjukka­n bento yang disediakan kepada anaknya, Khaleef Uwais.
Untuk vitamin saya selitkan daun salad, hirisan tomato dan timun manakala sumber kalsium menerusi susu kotak perisa asli sebagai pelengkap hidangan
NANY menunjukka­n bento yang disediakan kepada anaknya, Khaleef Uwais. Untuk vitamin saya selitkan daun salad, hirisan tomato dan timun manakala sumber kalsium menerusi susu kotak perisa asli sebagai pelengkap hidangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia